Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
Sedikit daun ketumbar - hiris
Kulit popia secukupya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Bahan A :
4 biji kentang - potong kecil
3 sudu besar serbuk kari
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan air
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau rata hingga kentang empuk dan masak.
3. Masukkan daun ketumbar kemudian tutup api, biarkan sejuk sebentar dan sedia untuk dijadikan inti.
4. Ambil sekeping kulit popia isi inti di tengah dan gulung letak sedikit air untuk dijadikan gam.
5. Panaskan minyak masak dan goreng popia sehingga sedikit kekuningan kemudian angkat.
6. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment