Tuesday, August 25, 2015
RESEPI MEE HAILAM XPRESS
Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
5 cawan air rebusan daging
1 bungkus mee - cuci dan toskan
1 biji telur
Sedikit daun bawang - potong pendek
Sedikit bawang goreng
Bahan A :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap mee
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 biji cili api merah - dihiris
1 sudu kecil garam halus
Bahan B (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil sawi
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil jagung kecil
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan air rebusan daging biar hingga mendidih.
3. Masukkan bahan A kacau rata.
4. Masukkan mee dan bahan B gaul rata.
5. Masukkan telur kacau sebentar tutup api.
6. Sedia dihidangkan ketika panas bersama sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment