Monday, August 17, 2015
RESEPI CHURROS XPRESS
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
2 biji telur - dipukul
1 sudu kecil esen vanilla
Minyak untuk menggoreng
Sedikit coklat cair
Sedikit peanut butter
Bahan A :
2 cawan air
2 sudu besar gula
1/8 sudu kecil garam halus
2 sudu besar butter
Cara-cara :
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan bahan A kacau rata, tutup api.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti dengan telur dan esen vanilla kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul.
4. Apabila adunan sedikit sejuk, masukkan ke dalam piping bag acuan bintang dan buat seperti stick di atas baking paper.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan kemudian angkat.
6. Hidangkan bersama coklat cair dan peanut butter.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment