Friday, August 14, 2015

RESEPI LASAGNA XPRESS


Bahan-bahan :
2 sudu besar mentega
400g ayam kisar
250g kulit lasagna
4 cawan air
Sedikit minyak
100g serbuk mozzarella
250g cheddar cheese parut

Bahan A :
Sedikit serbuk lada hitam
1 tin sos spaghetti
1/2 cawan air
4 keping cheese


Cara-cara :
1. Panaskan kuali non-stick cairkan mentega.

2. Masukkan ayam kisar kacau hingga masak.

3. Masukkan bahan A kacau rata hingga kuah pekat kemudian tutup api dan ketepikan.

4. Didihkan air letak sedikit minyak kemudian rebus kulit lasagna hingga lembut. Angkat toskan airnya.

5. Gunakan bekas yang sesuai masukkan kulit lasagna dan lapiskan dengan sos yang telah dimasak tadi. Ulang hingga habis.

6. Tabur serbuk mozzarella dan cheddar cheese parut di atasnya.

7. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.






No comments:

Post a Comment