Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
Bahan A :
3 cawan air
2 batang serai - diketuk
1/2 inci halia - diketuk
Bahan B :
200ml santan
1/2 keping asam gelugur
Garam halus secukup rasa
Bahan kisar :
10 biji cili api merah
1/2 inci kunyit
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara-cara :
1. Bersihkan daging dan hiris nipis.
2. Satukan daging dan bahan A kemudian rebus hingga lembut.
3. Masukkan bahan kisar dan bahan B kacau rata.
4. Masak hingga mendidih dan pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment