Friday, August 14, 2015

RESEPI EPAL PUFF


Bahan-bahan :
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Inti :
1 sudu besar butter

Bahan A :
2 biji epal - potong dadu
1/2 cawan gula melaka
Sedikit serbuk kulit kayu manis
Sedikit garam halus
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega cair
1/8 cawan air suam
Sedikit garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan kuali cairkan mentega.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Apabila epal lembut tutup api tunggu sedikit sejuk dan sedia untuk dijadikan inti.

4. Satukan bahan kulit uli hingga menjadi doh.

5. Canai dan terapkan dengan acuan yang sesuai isi inti ditengah dan klip dihujungnya.

6. Panaskan minyak masak dan goreng hingga sedikit kekuningan kemudian angkat.





No comments:

Post a Comment