Thursday, August 6, 2015

RESEPI NASI GORENG PLANTA


Bahan-bahan :
2 sudu besar planta

Bahan A :
1 labu bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus

Bahan B :
1 mangkuk kecil ayam kisar
1 mangkuk kecil sayur campur

Bahan C :
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam halus

Bahan D :
1 mangkuk kecil sosej goreng
2 mangkuk kecil nasi

Cara-cara :
1. Panaskan kuali masukkan planta dan bahan A kacau hingga wangi.

2. Masukkan bahan B kacau rata hingga ayam sedikit masak.

3. Masukkan bahan C kacau sebentar kemudian bahan D dan kacau rata.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment