Friday, August 14, 2015

RESEPI MACARONI CHEESE


Bahan-bahan :
4 cawan air
1/2 sudu kecil minyak
Sedikit garam halus
200g macaroni
1/2 sudu besar mentega

Bahan A :
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum

Bahan B :
2 cawan susu segar
Sedikit serbuk lada hitam
Garam halus secukup rasa
4 keping cheese


Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan minyak, garam dan macaroni.

2. Apabila macaroni lembut angkat dan toskan gaul dengan mentega.

3. Panaskan kuali non-stick, masukkan bahan A kacau rata.

4. Masukkan bahan B kacau sebati hingga sedikit likat.

5. Curah ke atas macaroni gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment