Thursday, August 6, 2015

RESEPI BUBUR PULUT JAGUNG SAGU


Bahan-bahan :
1/4 cawan sagu merah
1/2 cawan jagung manis
200ml santan (1 kotak)

Bahan A :
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 cawan air

Bahan B :
3 cawan air
1/2 cawan gula
Secubit garam

Cara-cara :
1. Satukan bahan A uli hingga menjadi doh dan bulat-bulatkan kecil.

2. Didihkan 3 cawan air dalam periuk dan masukkan doh bulat kecil tadi.

3. Biar hingga doh bulat kecil timbul dan angkat letak dalam air sejuk, tapis ketepikan.

4. Satukan bahan B dalam periuk dan masak hingga mendidih.

5. Masukkan sagu merah kacau hingga masak.

6. Masukkan doh bulat kecil, jagung, santan dan kacau rata hingga sedikit mendidih.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment