Friday, August 28, 2015

RESEPI BIHUN GORENG CILI API


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
1/2 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
1/2 cawan air
1/2 paket bihun - direndam dan toskan

Bahan kisar :
10 biji cili api merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering

Bahan A (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil sawi
1 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan isi ayam kacau rata kemudian masukkan air biar hingga ayam lembut.

3. Masukkan bihun, gaul rata dan bahan A kacau sehingga sebati.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






No comments:

Post a Comment