Monday, August 31, 2015

RESEPI KARI AYAM


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong 4
5 sudu besar minyak masak
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan B :
2 sudu besar serbuk cili
1 paket kecil serbuk kari ayam
1/2 cawan air asam jawa


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau sebentar.

3. Masukkan bahan B kacau dan biar hingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam, kentang dan air biar hingga sedikit lembut.

5. Masukkan santan kacau dan biar mendidih serta pecah minyak.

6. Tutup api sedia untuk dihidangkan.







Sunday, August 30, 2015

RESEPI NASI GORENG HATI XPRESS


Bahan-bahan :
2 cawan nasi - diparoi
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
8 biji cili api
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan A (potong kecil) :
1 mangkuk kecil hati ayam - digoreng garing
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil kacang buncis
1/2 mangkuk kecil carrot


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan nasi dan bahan A kacau rata.

3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Friday, August 28, 2015

RESEPI PISANG GORENG COKLAT CHEESE


Bahan-bahan :
7 biji pisang abu
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Sedikit parutan cheese
Sedikit coklat rice

Bahan A :
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air


Cara-cara :
1. Pisang di buang kulit bersihkan dan belah 2 ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam bekas dan gaul sebati, kemudian masukkan pisang dan kacau rata.

3. Pansakan minyak masak dan goreng pisang tadi hingga kekuningan kemudian angkat letak dalam pinggan.

4. Taburkan parutan cheese dan coklat rice.

5. Sedia dihidangkan ketika panas.






RESEPI BIHUN GORENG CILI API


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
1/2 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
1/2 cawan air
1/2 paket bihun - direndam dan toskan

Bahan kisar :
10 biji cili api merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering

Bahan A (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil sawi
1 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan isi ayam kacau rata kemudian masukkan air biar hingga ayam lembut.

3. Masukkan bihun, gaul rata dan bahan A kacau sehingga sebati.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






Thursday, August 27, 2015

RESEPI YEE MEE XPRESS


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
15 tangkai cili kering - potong 3
1 mangkuk kecil isi ayam- potong kecil
2 ketul yee mee - celur toskan
6 ketul cendawan shitake - potong 4
2 biji telur

Bahan kisar :
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan A :
1 kiub ayam
3 mangkuk besar air
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
6 sudu besar sos tiram
Sedikit garam halus

Bahan B :
1 sudu besar tepung jagung - di bancuh dengan 1 sudu besar air
1/2 mangkuk kecil sawi - potong pendek


Cara-cara :
1. Masukkan yee mee yang telah di celur ke dalam pinggan dan ketepikan.

2. Untuk membuat kuahnya, panaskan minyak masak tumis bahan kisar dan cili kering hingga wangi.

3. Masukkan ayam biar hingga sedikit lembut.

4. Masukkan cendawan, bahan A dan gaul rata biar hingga mendidih.

5. Masukkan bahan B dan pecahkan sebiji telur untuk hidangan sepinggan.

6. Tuang sedikit kuah dan telur ke dalam pinggan yee mee.





Wednesday, August 26, 2015

RESEPI MEE GORENG TOMYAM


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
1 paket mee - cuci dan toskan
1/2 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
2 cawan air
2 helai daun limau purut

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 biji cili api merah

Bahan A :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap mee
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu kecil garam halus

Bahan B (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil jagung kecil
1/2 mangkuk kecil kobis


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan ayam kemudian air biar hingga mendidih.

3. Masukkan bahan A, mee, bahan B dan gaul rata.

4. Tutup api dan masukkan daun limau purut.

5. Sedia dihidangkan ketika panas.







RESEPI PANKEK RASBERRY


Bahan-bahan :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar jem rasberry

Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula
Secubit garam halus


Cara-cara :
1. Satukan bahan A kacau rata biar hingga 2 minit kemudian tapis.

2. Gunakan kuali non stick panaskan dan letak sedikit mentega.

3. Ambil sesenduk adunan dan lenggangkan kuali.

4. Biar hingga sedikit kekuningan angkat ketepikan dan ulang hingga habis.

5. Sapukan dengan sedikit jem rasberry lipat dan sedia untuk dihidangkan ketika panas.





Tuesday, August 25, 2015

RESEPI MEE HAILAM XPRESS


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
5 cawan air rebusan daging
1 bungkus mee - cuci dan toskan
1 biji telur
Sedikit daun bawang - potong pendek
Sedikit bawang goreng

Bahan A :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap mee
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 biji cili api merah - dihiris
1 sudu kecil garam halus

Bahan B (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil sawi
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil jagung kecil

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan isi ayam dan air rebusan daging biar hingga mendidih.

3. Masukkan bahan A kacau rata.

4. Masukkan mee dan bahan B gaul rata.

5. Masukkan telur kacau sebentar tutup api.

6. Sedia dihidangkan ketika panas bersama sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.





Thursday, August 20, 2015

RESEPI SOTO AYAM


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
6 cawan air
4 sudu besar minyak masak
Garam halus secukup rasa

Bahan kisar :
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 sudu besar lada putih
2 biji buah keras

Bahan A :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan B :
2 batang serai - diketuk
1 inci halia - potong 3
1 inci lengkuas - potong 3

Bahan C :
nasi impit
begedil
soo hoon goreng
kacang tanah goreng
daun sup
Sedikit taugeh
Sedikit ayam goreng di siat


Cara-cara :
1. Bersihkan ayam potong kecil asingkan isi untuk digoreng garing dan bahagian tulang direbus.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar, bahan A, bahan B hingga wangi kemudian masukkan ke dalam periuk ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih perasakan garam dan tutup api.

3. Satukan bahan C ke dalam mangkuk dan tuang kuah serta sedikit sambal kicap.Tambah sedikit hirisan limau nipis.

4. Sedia dihidangkan ketika panas.







Wednesday, August 19, 2015

RESEPI CHAR KUEY TEOW


Bahan-bahan :
5 sudu besar minyak masak
10 ekor udang
2 cawan air rebusan udang
2 biji telur
Garam halus secukup rasa

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
3 biji cili api merah
6 ulas bawang putih

Bahan A :
1 paket kuey teow halus - basuh toskan
1/2 mangkuk kecil daun kucai - potong pendek
1/2 mangkuk kecil taugeh - bersihkan

Bahan B :
1/2 sudu besar cuka masak
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap mee

Cara-cara :
1. Bersihkan udang dan rebus sebentar ketepikan air rebusan.

2. Panaskan minyak masak dan masukkan udang yang telah direbus tadi.

3. Masukkan bahan kisar kacau rata.

4. Masukkan bahan A diikuti dengan bahan B dan air rebusan udang kacau sebati.

5. Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau rata perasakan garam tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






Tuesday, August 18, 2015

RESEPI MASAK LEMAK DAGING XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk daging

Bahan A :
3 cawan air
2 batang serai - diketuk
1/2 inci halia - diketuk

Bahan B :
200ml santan
1/2 keping asam gelugur
Garam halus secukup rasa

Bahan kisar :
10 biji cili api merah
1/2 inci kunyit
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih


Cara-cara :
1. Bersihkan daging dan hiris nipis.

2. Satukan daging dan bahan A kemudian rebus hingga lembut.

3. Masukkan bahan kisar dan bahan B kacau rata.

4. Masak hingga mendidih dan pekat.

5. Sedia untuk dihidangkan.




RESEPI TOFU SAYUR TOMYAM


Bahan-bahan :
2 tofu telur - potong 2 dan goreng garing
Minyak untuk menggoreng secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Bahan hiris :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api

Bahan A :
1 sudu besar pes tomyam
1/8 cawan air
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - diketuk
Sedikit garam halus

Bahan B :
2 helai daun limau purut - dikoyak
6 batang kacang buncis - potong pendek
1/2 batang carrot - potong kecil


Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bahan hiris dan kacau rata.

2. Masukkan bahan A biar hingga mendidih.

3. Masukkan bahan B kacau rata.

4. Apabila mendidih tutup api dan tuang ke dalam pinggan tofu yang sudah digoreng tadi.

5. Sedia untuk dihidangkan.












RESEPI CENCARU GORENG SUMBAT PEDAS


Bahan-bahan :
2 ekor ikan cencaru
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
1/2 sudu besar air asam jawa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan kisar :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili api merah
1 batang serai
1/2 inci halia


Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan belah di belakangnya kemudian gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit, garam.

2. Satukan bahan kisar dengan sedikit garam dan air asam jawa kemudian masukkan ke dalam belahan ikan tadi.

3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.

4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






Monday, August 17, 2015

RESEPI CENCARU TAUCU


Bahan-bahan :
2 ekor ikan cencaru
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Minyak masak untuk menggoreng
3 sudu besar minyak masak

Bahan Hiris :
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A :
1 sudu besar taucu
1 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula

Bahan B :
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
2 biji cili merah - dihiris


Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus kemudian goreng garing.

2. Panaskan minyak masak tumis bahan hiris hingga wangi.

3. Masukkan bahan A dan biar mendidih.

4. Masukkan bahan B kacau rata hingga sedikit pekat, tutup api.

5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi, sedia untuk dihidangkan.















RESEPI CHURROS XPRESS


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
2 biji telur - dipukul
1 sudu kecil esen vanilla
Minyak untuk menggoreng
Sedikit coklat cair
Sedikit peanut butter

Bahan A :
2 cawan air
2 sudu besar gula
1/8 sudu kecil garam halus
2 sudu besar butter


Cara-cara :
1. Masak air hingga mendidih.

2. Masukkan bahan A kacau rata, tutup api.

3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti dengan telur dan esen vanilla kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul.

4. Apabila adunan sedikit sejuk, masukkan ke dalam piping bag acuan bintang dan buat seperti stick di atas baking paper.

5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan kemudian angkat.

6. Hidangkan bersama coklat cair dan peanut butter.








RESEPI NASI GORENG MERAH


Bahan-bahan :
2 cawan nasi - diparoi
1/2 cawan kacang buncis - potong kecil
Garam halus secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit ikan bilis goreng

Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan kacang buncis, nasi dan kacau rata.

3. Perasakan garam dan tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan ikan bilis.






Saturday, August 15, 2015

RESEPI BUBUR AYAM XPRESS


Bahan-bahan :
1 cawan beras
7 cawan air
2 kiub ayam
1/2 inci halia - potong 2
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada hitam
2 ketul dada ayam - bersihkan
Tepung ayam segera
1 biji telur - dipukul
Minyak masak secukupnya


Cara-cara :
1. Rendam beras selama 1 jam kemudian tos.

2. Masukkan beras, air, kiub ayam dan halia dalam periuk kemudian masak hingga kembang serta pekat.

3. Ayam dipotong kecil kemudian celup ke dalam telur dan salut dengan tepung segera. Goreng garing kemudian angkat.

4. Potong kecil ayam goreng.

5. Bubur nasi sedia untuk dihidangkan bersama ayam goreng, daun bawang dan sedikit serbuk lada hitam.





Friday, August 14, 2015

RESEPI MACARONI CHEESE


Bahan-bahan :
4 cawan air
1/2 sudu kecil minyak
Sedikit garam halus
200g macaroni
1/2 sudu besar mentega

Bahan A :
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum

Bahan B :
2 cawan susu segar
Sedikit serbuk lada hitam
Garam halus secukup rasa
4 keping cheese


Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan minyak, garam dan macaroni.

2. Apabila macaroni lembut angkat dan toskan gaul dengan mentega.

3. Panaskan kuali non-stick, masukkan bahan A kacau rata.

4. Masukkan bahan B kacau sebati hingga sedikit likat.

5. Curah ke atas macaroni gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.




RESEPI LASAGNA XPRESS


Bahan-bahan :
2 sudu besar mentega
400g ayam kisar
250g kulit lasagna
4 cawan air
Sedikit minyak
100g serbuk mozzarella
250g cheddar cheese parut

Bahan A :
Sedikit serbuk lada hitam
1 tin sos spaghetti
1/2 cawan air
4 keping cheese


Cara-cara :
1. Panaskan kuali non-stick cairkan mentega.

2. Masukkan ayam kisar kacau hingga masak.

3. Masukkan bahan A kacau rata hingga kuah pekat kemudian tutup api dan ketepikan.

4. Didihkan air letak sedikit minyak kemudian rebus kulit lasagna hingga lembut. Angkat toskan airnya.

5. Gunakan bekas yang sesuai masukkan kulit lasagna dan lapiskan dengan sos yang telah dimasak tadi. Ulang hingga habis.

6. Tabur serbuk mozzarella dan cheddar cheese parut di atasnya.

7. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.






RESEPI TAUCU BENDI


Bahan-bahan :
8 batang bendi - bersihkan
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji cili api

Bahan A :
1 sudu besar taucu
1/2 labu bawang besar
1 biji tomato - belah 4
3 sudu besar air
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil air asam jawa


Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A biar hingga mendidih.

3. Masukkan bendi dan biarkan sedikit layu serta kering kemudian tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.






RESEPI LEMAK LABU


Bahan-bahan :
1/2 biji buah labu - dipotong
4 cawan air

Bahan kisar :
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 biji cili api merah
1/2 sudu besar udang kering

Bahan A :
1/2 labu bawang besar - dihiris
200ml santan
1 sudu kecil garam halus
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara :
1. Satukan buah labu dan air dalam periuk, rebus hingga empuk.

2. Masukkan bahan kisar kacau rata.

3. Masukkan bahan A kacau lagi hingga mendidih kemudian tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.




RESEPI DAGING DENDENG XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
2 mangkuk air
2 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 biji cili api

Bahan A :
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil air asam jawa
1 inci halia - diketuk
1/2 cawan air rebusan daging
Sedikit gula
Sedikit garam


Cara-cara :
1. Satukan daging serta air dalam periuk, rebus hingga empuk. Angkat dan toskan, ketepikan airnya.

2. Hiris nipis daging dan gaul dengan kicap pekat kemudian goreng hingga sedikit garing.

3. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

4. Masukkan bahan A kacau rata hingga mendidih kemudian tutup api.

5. Sedia untuk dihidangkan.





RESEPI KARI IKAN KEMBONG


Bahan-bahan :
4 ekor ikan kembong - dibersihkan
8 batang bendi - bersihkan
1 biji tomato - belah 4
4 sudu besar minyak masak
200ml santan
2 sudu kecil garam halus

Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Bahan A :
6 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air
3 sudu besar air asam jawa
1 inci halia - diketuk

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Masukkan santan, ikan, bendi dan tomato biarkan mendidih kemudian tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.








RESEPI EPAL PUFF


Bahan-bahan :
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Inti :
1 sudu besar butter

Bahan A :
2 biji epal - potong dadu
1/2 cawan gula melaka
Sedikit serbuk kulit kayu manis
Sedikit garam halus
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega cair
1/8 cawan air suam
Sedikit garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan kuali cairkan mentega.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Apabila epal lembut tutup api tunggu sedikit sejuk dan sedia untuk dijadikan inti.

4. Satukan bahan kulit uli hingga menjadi doh.

5. Canai dan terapkan dengan acuan yang sesuai isi inti ditengah dan klip dihujungnya.

6. Panaskan minyak masak dan goreng hingga sedikit kekuningan kemudian angkat.





Sunday, August 9, 2015

RESEPI MEATBALL XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk bebola daging
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar

Bahan A :
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar kicap pekat
Garam halus secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara :
1. Didihkan bebola daging hingga lembut toskan dan ketepikan air rebusan kemudian goreng dengan 1 sudu mentega hingga kekuningan.

2. Gunakan kuali gorengan bebola daging tadi dan masukkan mentega kacau hingga sedikit cair.

3. Masukkan Bahan A gaul rata.

4. Masukkan susu segar kacau lagi sehingga kuah rata dan sedikit pekat.

5. Hidangkan bebola daging dengan kentang putar dan jem rasberry.

KENTANG PUTAR 

Bahan-bahan :
2 biji kentang - bersihkan potong 6
2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1/4 cawan susu segar

Cara-cara :
1. Rebus kentang hingga empuk angkat dan toskan.

2. Lenyek kentang hingga lumat dan masukkan garam. serbuk lada hitam, susu segar gaul rata.








Saturday, August 8, 2015

RESEPI MEE GORENG MAMAK XPRESS


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 biji limau nipis - hiris

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan A :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar rempah kari ayam
1 1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan air

Bahan B :
1 ketul tauhu - hancurkan
1 biji tomato - potong kecil

Bahan C :
1 bungkus mee kuning - basuh dan toskan
Sedikit sawi - potong pendek
1 ketul tauhu - goreng dan hiris

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata kemudian bahan B kacau lagi.

3. Masukkan bahan C gaul rata.

4. Masukkan telur di tengah mee dan kacau sebati.

5. Sedia untuk dihidangkan bersama hirisan limau.








Friday, August 7, 2015

RESEPI POPIA KENTANG


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
Sedikit daun ketumbar - hiris
Kulit popia secukupya
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar

Bahan A :
4 biji kentang - potong kecil
3 sudu besar serbuk kari
1 1/2 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan air

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata hingga kentang empuk dan masak.

3. Masukkan daun ketumbar kemudian tutup api, biarkan sejuk sebentar dan sedia untuk dijadikan inti.

4. Ambil sekeping kulit popia isi inti di tengah dan gulung letak sedikit air untuk dijadikan gam.

5. Panaskan minyak masak dan goreng popia sehingga sedikit kekuningan kemudian angkat.

6. Sedia untuk dihidangkan.









Thursday, August 6, 2015

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SELAR


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
3 ekor ikan selar - bersihkan
1 biji tomato - potong 4
Sedikit daun kesom

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci belacan
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 batang serai

Bahan A :
3 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu kecil gula

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata hingga mendidih.

3. Masukkan ikan selar biar hingga mendidih dan masak.

4. Masukkan tomato kacau sebentar.

5. Tutup api dan masukkan daun kesom sedia untuk dihidangkan.





RESEPI SAYUR GORENG KUNYIT


Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - hiris halus

Bahan A :
1/2 labu bawang besar - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris halus
1 mangkuk kecil kobis - potong kecil
1 mangkuk kecil carrot - potong kecil
Sedikit garam
Sedikit kunyit

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata sehingga sayur sedikit layu.

3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






RESEPI BUBUR PULUT JAGUNG SAGU


Bahan-bahan :
1/4 cawan sagu merah
1/2 cawan jagung manis
200ml santan (1 kotak)

Bahan A :
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 cawan air

Bahan B :
3 cawan air
1/2 cawan gula
Secubit garam

Cara-cara :
1. Satukan bahan A uli hingga menjadi doh dan bulat-bulatkan kecil.

2. Didihkan 3 cawan air dalam periuk dan masukkan doh bulat kecil tadi.

3. Biar hingga doh bulat kecil timbul dan angkat letak dalam air sejuk, tapis ketepikan.

4. Satukan bahan B dalam periuk dan masak hingga mendidih.

5. Masukkan sagu merah kacau hingga masak.

6. Masukkan doh bulat kecil, jagung, santan dan kacau rata hingga sedikit mendidih.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





RESEPI NASI GORENG PLANTA


Bahan-bahan :
2 sudu besar planta

Bahan A :
1 labu bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus

Bahan B :
1 mangkuk kecil ayam kisar
1 mangkuk kecil sayur campur

Bahan C :
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam halus

Bahan D :
1 mangkuk kecil sosej goreng
2 mangkuk kecil nasi

Cara-cara :
1. Panaskan kuali masukkan planta dan bahan A kacau hingga wangi.

2. Masukkan bahan B kacau rata hingga ayam sedikit masak.

3. Masukkan bahan C kacau sebentar kemudian bahan D dan kacau rata.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Sunday, August 2, 2015

RESEPI PUDING KARAMEL XPRESS


Bahan Karamel :
1/2 cawan gula pasir
1/8 cawan air

Bahan Puding :
4 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan air

Cara-cara :
Karamel :
1. Panaskan kuali dan masukkan gula pasir kacau hingga cair.

2. kemudian masukkan air kacau rata tutup api.

3. Masukkan ke dalam bekas yang digemari atau yang sesuai.

Puding :
1. Satukan semua bahan puding dan kacau rata.

2. Tuangkan ke dalam bekas karamel. Isi separuh bekas sahaja.

3. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.

4. Sejukkan kemudian terbalikkan dan sedia untuk dihidangkan.