Monday, October 5, 2015

RESEPI SARDIN LEMAK CILI API


Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak
Garam halus secukup rasa
Bahan Kisar :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api merah
Bahan A :
1 biji kentang - potong 4
2 cawan air
Bahan B :
1 tin besar sardin
100 ml santan
1 keping asam keping
Bahan C :
Sedikit kacang panjang - potong pendek
Sedikit suun - rendam dan tos

Sedikit fucuk - rendam dan tos


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan  bahan A kacau biar hingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan bahan B kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan perasakan garam kacau rata.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment