Bahan-
bahan :
2 sudu besar mentega
Sedikit hirisan timun
Bahan
Daging :
500g daging - bersihkan
6 cawan air
Bahan
Nasi :
3 cawan beras - bersihkan
4 cawan air rebusan daging
Sedikit garam halus
Bahan
Hiris :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Bahan
Tumis :
1 inci halia - potong 2
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
Bahan
Air Asam ( dihiris ) :
1/2 labu bawang holland
1/2 labu bawang besar
1 biji bawang merah
1/2 biji tomato
10 biji cili api merah
8 biji cili api hijau
1 inci belacan
1 cawan air asam
Cara-cara
:
1. Rebus bahan daging hingga empuk
toskan air dan bakar sebentar, ketepikan.
2. Panaskan mentega masukkan bahan
hiris kacau hingga wangi kemudian masukkan bahan tumis kacau rata dan masukkan
ke dalam bahan nasi. Kacau sebati bahan nasi dan masak.
3. Satukan bahan air asam kacau
rata.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama
hirisan timun.
No comments:
Post a Comment