Saturday, October 3, 2015

RESEPI NASI AYAM GRILL


Bahan A :
1/2 ekor ayam - dipotong
1 kiub ayam
6 cawan air
Bahan B :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
Bahan C :
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan
2 inci halia - potong 2
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar planta
3 cawan beras - dibersihkan
4 cawan air rebusan ayam
Bahan D :
10 biji cili api merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu besar cuka makan


Cara-cara :
1. Rebus sebentar bahan A kemudian toskan ayam dan ketepikan air rebusan.
2. Perap ayam dengan bahan B dan grill hingga masak. Kemudian masakkan sebentar air perapan ayam dan ketepikan untuk sos kicap.
3. Gaul rata bahan C dan masak dalam periuk nasi.
4. Masak sebentar bahan D untuk sos cili .
5. Didihkan baki air rebusan ayam  dan tabur bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment