Bahan-bahan :
4 sudu besar
minyak masak
1/8 cawan air
Sedikit garam
halus
Sedikit gula
Bahan kisar :
1/2 ulas bawang
besar
2 ulas bawang
putih
1 inci lengkuas
Bahan A :
1 batang kulit
kayu manis
2 kuntum bunga
lawang
3 kuntum bunga
cengkih
1 sudu kecil
serbuk jintan halus
1 sudu kecil
serbuk jintan kasar
3 batang serai -
diketuk
2 sudu besar cili
kisar
Bahan B :
1/2 ekor ayam -
potong kecil dan bersihkan
1 cawan santan
2 sudu besar
kerisik
Sedikit asam
keping
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan goreng bahan kisar.
2. Masukkan bahan A dan air kacau rata.
3. Masukkan bahan B kacau sebati dan
biar kuah sedikit kering. Perasakan garam dan gula.
4. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment