Monday, October 5, 2015

RESEPI KARIPAP DAGING


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
2 keping daging burger - dicincang
2 sudu besar serbuk kari daging
3 biji kentang - bersihkan potong dadu
1/2 cawan air
Sedikit garam halus
Minyak menggoreng secukupnya
Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Bahan Kulit :
2 sudu besar butter - dicairkan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam

1 biji telur


Cara-cara :
1. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daging kacau hingga sedikit garing.
3. Masukkan serbuk kari kacau rata.
4. Masukkan kentang dan juga air kacau hingga lembut dan masak, ketepikan.
5. Satukan bahan kulit dan uli hingga menjadi doh.
6. Canai nipis doh dan guna acuan karipap kemudian isikan inti ditengah.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga sedikit kekuningan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.







No comments:

Post a Comment