Wednesday, October 7, 2015

RESEPI ASAM PEDAS AYAM


Bahan-bahan :
5 sudu besar minyak masak
Sedikit daun kesum

Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci belacan
1/2 inci kunyit
1/2 inci halia

Bahan A :
2 batang serai - diketuk
1/2 ekor ayam - dibersihkan  dan potong kecil
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air

Bahan B :
Sedikit garam halus
Sedikit gula
1 biji tomato - dibelah 4


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan bahan A kacau rata biar sehingga mendidih dan ayam empuk.

3. Masukkan bahan B kacau rata dan sebati.

4. Tutup api kemudian masukkan daun kesum dan sedia untuk dihidangkan.







No comments:

Post a Comment