Wednesday, October 21, 2015

RESEPI SAMBAL TERUNG


Bahan-bahan :
2 biji terung
Sedikit minyak masak
Bahan A :
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Bahan kisar :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan B :
2 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar
Bahan C :
Sedikit air asam jawa
Sedikit air

Sedikit garam halus


Cara-cara :
1. Bersihkan terung potong 2 dan belah tengah kemudian lumurkan bahan A. Goreng terung sehingga sedikit kekuningan angkat, ketepikan.

2. Guna sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan bahan B kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan terung yang telah digoreng tadi kacau rata dan sebati. Biar terung sedikit layu, tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan .




No comments:

Post a Comment