Tuesday, February 3, 2015

TIPS Untuk Pagi Yang Hebat

Kulit adalah aset utama kita,jadi tidak salah jika manjakan diri sepanjang masa.


1.Minum segelas air suam

Ini kerana pada waktu malam sama ada rasa atau tidak,badan kita mengalami dihidrasi.

Tambahkan hirisan lemon ke dalam air,ia boleh membantu proses penghadaman dan menghilangkan toksin serta menjadikan kulit kita cerah dan sihat.


2.Senaman 30~45 minit.


Berlari atas treadmill,melakukan kardio atau berlari di taman.Senaman begini dapat membantu jantung kita dan melancarkan pengaliran darah.Ia juga dapat mengeluarkan endorfin Hormon gembira) lantas membuatkan kita berasa segar dan bersedia menghadapi cabaran hari ini.



3.Mandi air sejuk


Air sejuk mampu membuatkan kita segar sepanjang masa.Ia juga membantu mengetatkan liang roma serta menghalang kulit dan rambut kita daripada kering.Kulit kita akan kelihatan lebih licin dan sempurna.


4.Sarapan yang sihat


Pilihan nutrien dan vitamin yang betul untuk badan pada awal pagi dapat memberikan tenaga yang banyak.Buah-buahan beri sangat bagus untuk kulit.



*Sayangi kulit kita.Rutin penjagaan kulit yang bagus dan lengkap membantu mencerahkan kulit dari dalam dan luar seperti yang kita tahu kecantikan sebenar bermula dari dalam.


No comments:

Post a Comment