Bahan A:
1 mangkuk ubi (bersihkan dan potong kecil)
1 mangkuk air
1/4 cwn gula
1/2 cwn kelapa parut (ambil putih)
1/2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
Bahan B:
1 cwn tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cwn air
sedikit garam
Cara2:
1. Masukkan ubi bersama air dan rebus hingga empuk.Toskan dan lecek hingga hancur dan lembut.
2. Campurkan gula, kelapa parut, garam dan gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sehingga habis.Ketepikan.
4. Satukan bahan B dalam bekas kacau sebati dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Celupkan adunan ke dalam bahan B dan goreng hingga kekuningan atau masak.
No comments:
Post a Comment