Saturday, February 21, 2015

RESEPI Kuih Bingka Pandan

Bahan 2:

 2 cwn tepung gandum (di ayak)
1 cwn gula pasir
2 biji telur (pukul kembang)
1 1/2 cwn susu cair
1 cwn air
2 helai daun pandan



Cara 2:

1. Panaskan oven pada suhu 170C

2. Kisar daun pandan bersama air tapis dan ketepikan.

3. Masukkan tepung gandum, gula pasir, telur, susu cair, air daun pandan dalam satu bekas dan kacau sebati. Tapiskan adunan.

4. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan tadi.

5. Bakar dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak.

6. Sejukkan dan boleh dipotong.

No comments:

Post a Comment