Bahan2:
1 tin sardin
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
1 mangkuk kecil air
1 biji buah tomato (belah 4)
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
2 batang bendi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit minyak masak
garam secukup rasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara2:
1.Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tumis hingga naik bau.
2.Masukkan air, air asam jawa,serbuk kunyit dan bunga kantan masak hingga sedikit mendidih.
3.Masukkan sardin
4.Masukkan tomato dan bendi.Perasakan garam secukup rasa.
5.Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment