Bahan2:
4 ekor ikan kembong
5 biji cili hijau (potong tengah)
5 biji cili merah (potong tangah)
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
10 biji cili api
4 biji bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
Cara2:
1.Bersihkan ikan,asingkan isi daripada tulangnya dan kisar hingga lumat.
2.Masukkan isi ikan,bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung jagung.Perasakan garam dan gaul rata.
3.Setelah adunan sebati.Sumbatkan ke dalam cili hijau dan merah yang telah di belah dibahagian tengahnya sehingga padat.
5.Kukus selama 8 minit sehingga masak cili sedikit layu.
No comments:
Post a Comment