Tuesday, February 3, 2015

TIPS Pemilihan Warna Untuk Tona Kulit

Permainan warna sangat penting dalam memilih helaian utk dipakai,tapi kita perlu tahu skim warna mengikut tona kulit kita dan cara menyesuaikannya bagi membangkitkan kecerahan kulit secara keseluruhan.

Terdapat 2 jenis warna kulit ton sejuk dan ton hangat. Mari kita bincang tentang cara utk menentukan warna kulit kita.


1.Lipat lengan baju dan cari urat anda.

Adakah warnanya biru atau hijau?
Org yg mempunyai urat biru cenderung untuk ton sejuk manakala org dgn urat hijau cenderung utk ton hangat.

2.Keluarkan barang kemas anda.

Adakah anda sesuai dengan barang kemas perak atau emas?
Minta pendapat teman baik untuk tentukan warna apa yang menjadikan kulit anda kelihatan berseri?Orang yang mempunyai tona kulit sejuk selalunya tampak lebih menarik dengan barangan perak sementara yang bertona kulit hangat pula sesuai dengan barang kemas emas.

3.Keluarkan baju kegemaran anda

Pilih 4 warna tertentu biru dan putih serta tembaga dan krim.
Cuba kedua-dua set pakaian dan buat pilihan warna mana yang membuatkan kita kelihatan lebih sihat dan menawan.Jika biru dan putih sesuai dengan kita,ini bermakna tona kulit kita sejuk,sekiranya pilihan kita tembaga dan krim maka tona kulit kita hangat.

Sekarang kita telah jumpa warna yang terbaik untuk tona kulit kita.Ini adalah bahagian yang menyeronokkan memilih warna yang cantik membuat kita menonjol.


Tona kulit sejuk
Kulit kita kelihatan lebih cerah dan lebih berseri dalam biru,unggu,hijau dan kelabu

Tona kulit hangat

Kecerahan kita jelas dalam warna merah,merah jambu,oren kening dan coklat.

*Selesakan diri dengan kulit kita sekarang.Ia mampu membuatkan keseluruhan gaya kita kelihatan lebih cerah dan berseri dengan skim warna yang tepat.Namun keyakinan adalah aksesori muktamad kita semua.




No comments:

Post a Comment