Bahan-bahan :
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung manis
2 sudu besar mentega
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan gaul rata.
2. Masak dengan menggunakan api yang kecil dan kacau sentiasa.
3. Apabila adunan menjadi pekat melikat dan sedikit berkilat tutup api.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai dan digemari.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment