Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/8 cawan air
Secubit garam
2 titis minyak masak
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kacau sebati.
2. Panaskan kuali leper non stick dan ambil sesenduk adunan leperkan diatasnya.
3. Ulang sehingga adunan habis dan sedia untuk dihidang bersama sambal tumis.
SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
Bahan A :
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasaBahan kisar :
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau hingga rata.
3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama lempeng.
No comments:
Post a Comment