Sunday, July 19, 2015

RESEPI BIHUN KUNING SUP DAGING


Bahan-bahan :
1 bungkus bihun - dicelur bersama sedikit serbuk kunyit
1 mangkuk daging - bersihkan potong kecil
1/2 mangkuk kecil daun bawang
1/2 mangkuk kecil sambal kicap
3 mangkuk air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar rempah sup
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk

Bahan hiris halus :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara :
1. Satukan daging dan air dalam periuk kemudian rebus hingga lembut.

2. Panaskan minyak masak dan goreng bahan hiris halus hingga garing kemudian masukkan bahan tumis goreng sekejap tutup api.

3. Apabila daging lembut masukkan bahan goreng tadi dalam periuk dan kacau rata hingga mendidih.

4. Rasakan garam dan hidangkan bersama bihun yang telah dicelur lembut bersama sedikit serbuk kunyit, sambal kicap serta sedikit daun bawang.






No comments:

Post a Comment