Bahan nasi :
2 cawan beras - cuci bersih
200 ml santan - (santan kotak)
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 inci halia
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan sambal :
5 sudu besar minyak masak
Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis
Bahan A :
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air asam jawa
Bahan hiasan :
2 biji telur rebus
1 biji timun - potong nipis
Sedikit ikan bilis dan kacang tanah goreng
1. Satukan bahan nasi dalam periuk dan masak hingga sedikit masak kemudian keluarkan nasi dan kukus hingga masak.
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan bahan A kacau hingga sambal pekat mendidih.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan hiasan.
No comments:
Post a Comment