Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - bersihkan potong kecil
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar :
4 batang serai
5 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Bahan A :
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus
Cara-cara :
1. Satukan ayam, bahan kisar dan bahan A gaul sebati kemudian perap selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak masak dan goreng hingga masak garing.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi lemak kukus.
No comments:
Post a Comment