Wednesday, July 29, 2015

RESEPI JEMPUT-JEMPUT (CEKODOK) XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk tepung gandum
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan A :
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
3 biji cili api merah
2 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis

Cara-cara :
1. Satukan tepung gandum, bahan A, bahan kisar dan kacau rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan gaul sebati.

3. Panaskan minyak masak kemudian ambil sesudu adunan dan goreng hingga sedikit kekuningan atau masak.

4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.









No comments:

Post a Comment