Friday, July 31, 2015

RESEPI PAPRIK AYAM XPRESS


Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil

Bahan A :
10 tangkai cili kering - dikisar
2 ulas bawang putih - diketuk
2 batang serai - diketuk
1 inci halia - diketuk

Bahan B :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
5 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam

Bahan C :
1 mangkuk kecil bunga kobis - potong kecil
1 batang carrot - potong kecil
1 labu bawang besar - potong bulat

Bahan D :
1 biji limau nipis - ambil airnya
3 helai daun limau purut

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan A hingga wangi.

2. Masukkan isi ayam kacau rata.

3. Masukkan bahan B dan bahan C kacau rata hingga sayur sedikit layu.

4. Masukkan bahan D kacau rata tutup api dan sedia untuk dihidangkan.







RESEPI TELUR BUNGKUS


Bahan Inti :
2 sudu besar minyak masak
200gm ayam kisar

Bahan A :
5 tangkai cili kering - dikisar
2 ulas bawang putih - diketuk

Bahan B :
1 biji tomato - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
1/2 mangkuk kecil mix vege

Bahan C :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam

Bahan kulit :
4 biji telur - dipukul ketepikan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan A hingga wangi.

2. Masukkan ayam kisar kacau hingga sedikit masak.

3. Masukkan bahan B dan bahan C kacau rata hingga masak kemudian tutup api ketepikan.

4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan goreng telur dadar kemudian masukkan inti yang telah dimasak tadi dan bungkus kemas.










Thursday, July 30, 2015

RESEPI PUDING JAGUNG


Bahan-bahan :

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung manis
2 sudu besar mentega

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan gaul rata.

2. Masak dengan menggunakan api yang kecil dan kacau sentiasa.

3. Apabila adunan menjadi pekat melikat dan sedikit berkilat tutup api.

4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai dan digemari.

5. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.









RESEPI LEMPENG XPRESS


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/8 cawan air
Secubit garam
2 titis minyak masak

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kacau sebati.

2. Panaskan kuali leper non stick dan ambil sesenduk adunan leperkan diatasnya.

3. Ulang sehingga adunan habis dan sedia untuk dihidang bersama sambal tumis.

SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak

Bahan A :
1 sudu kecil air asam jawa
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau hingga rata.

3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama lempeng.








Wednesday, July 29, 2015

RESEPI JEMPUT-JEMPUT (CEKODOK) XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk tepung gandum
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan A :
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
3 biji cili api merah
2 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis

Cara-cara :
1. Satukan tepung gandum, bahan A, bahan kisar dan kacau rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan gaul sebati.

3. Panaskan minyak masak kemudian ambil sesudu adunan dan goreng hingga sedikit kekuningan atau masak.

4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.









RESEPI TOMYAM AYAM XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk isi ayam - bersihkan potong kecil
3 mangkuk air
Garam secukup rasa

Bahan A :
3 sudu besar pes tomyam
1 biji bawang besar - hiris
3 batang serai - potong 3
2 inci lengkuas - potong 3
5 biji cili api - potong 2

Bahan B :
2 batang carrot - bersihkan potong kecil
1 mangkuk kecil bunga kobis - bersihkan potong kecil
1 mangkuk kecil batang saderi - bersihkan potong kecil
2 biji tomato - belah 4

Bahan C :
2 biji limau nipis - ambil airnya
3 helai daun limau purut

Cara-cara :
1. Satukan isi ayam dan air dalam periuk kemudian rebus hingga mendidih.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Masukkan bahan B kacau hingga sayur sedikit lembut.

4. Masukkan bahan C kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.










Sunday, July 19, 2015

RESEPI BIHUN KUNING SUP DAGING


Bahan-bahan :
1 bungkus bihun - dicelur bersama sedikit serbuk kunyit
1 mangkuk daging - bersihkan potong kecil
1/2 mangkuk kecil daun bawang
1/2 mangkuk kecil sambal kicap
3 mangkuk air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar rempah sup
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk

Bahan hiris halus :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara :
1. Satukan daging dan air dalam periuk kemudian rebus hingga lembut.

2. Panaskan minyak masak dan goreng bahan hiris halus hingga garing kemudian masukkan bahan tumis goreng sekejap tutup api.

3. Apabila daging lembut masukkan bahan goreng tadi dalam periuk dan kacau rata hingga mendidih.

4. Rasakan garam dan hidangkan bersama bihun yang telah dicelur lembut bersama sedikit serbuk kunyit, sambal kicap serta sedikit daun bawang.






Friday, July 17, 2015

RESEPI RENDANG AYAM XPRESS


Bahan-bahan :
3 sudu besar minyak masak
1 ekor ayam - bersihkan potong kecil
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
2 inci halia
2 inci lengkuas
6 batang serai

Bahan A :
1 peket kerisik
1 kotak santan segera
2 1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan gula merah

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan ayam kacau rata.

3. Masukkan bahan A kacau hingga rata dengan menggunakan api perlahan.

4. Masukkan asam keping kacau sebati hingga kuah agak kering.

5. Tutup api dan tabur daun kunyit sedia untuk dihidangkan.






Monday, July 13, 2015

RESEPI URAP PEGAGA

Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak
1 mangkuk pegaga - bersihkan
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya

Bahan hiris :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api

Bahan A :
1 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil garam halus

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan hiris dan masukkan bahan A kacau rata.

2. Masukkan kelapa parut kacau selalu hingga sedikit garing kekuningan.

3. Masukkan pegaga gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.






RESEPI SAWI GORENG AIR

Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
1 mangkuk sawi - bersihkan potong kecil

Bahan hiris :
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
1 biji cili besar merah
1/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam halus

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A dan kacau.

3. Masukkan sawi kacau sebentar hingga sedikit layu.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.






RESEPI PINDANG IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
2 potong isi ikan tenggiri

Bahan hiris :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan A :
1 batang serai - diketuk
1/2 inci halia muda - dihiris

Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
3 cawan air

Bahan C :
1 biji cili besar merah - dihiris
2 keping asam keping

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau.

3. Masukkan bahan B kacau hingga mendidih.

4. Masukkan bahan C dan ikan tenggiri biar hingga mendidih dan ikan masak.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.








Friday, July 10, 2015

RESEPI ROTI TELUR SAMBAL BILIS


Bahan-bahan :

1 1/2 sudu besar minyak masak
2 biji telur - dipukul rata
4 keping roti
1/2 biji timun - potong nipis

Bahan sambal bilis :

3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :

1/4 cawan ikan bilis
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Bahan A :

1 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara-cara :

1. Salutkan roti dengan telur dan goreng dengan sedikit minyak hingga kekuningan kemudian angkat ketepikan.

2. Untuk sambal pula panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan bahan A dan kacau rata hingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama roti dan timun.







Thursday, July 9, 2015

RESEPI AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - bersihkan potong kecil
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :

4 batang serai
5 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan A :

1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam halus

Cara-cara :

1. Satukan ayam, bahan kisar dan bahan A gaul sebati kemudian perap selama 1/2 jam.

2. Panaskan minyak masak dan goreng hingga masak garing.

3. Sedia dihidangkan bersama nasi lemak kukus.





RESEPI NASI LEMAK KUKUS


Bahan nasi :

2 cawan beras - cuci bersih
200 ml santan - (santan kotak)
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 inci halia
2 helai daun pandan - disimpul

Bahan sambal :

5 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :

20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis

Bahan A :

1 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air asam jawa

Bahan hiasan :

2 biji telur rebus
1 biji timun - potong nipis
Sedikit ikan bilis dan kacang tanah goreng

Cara-cara :

1. Satukan bahan nasi dalam periuk dan masak hingga sedikit masak kemudian keluarkan nasi dan kukus hingga masak.

2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan bahan A kacau hingga sambal pekat mendidih.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan hiasan.





Wednesday, July 8, 2015

RESEPI MAGGI KARI UDANG


Bahan-bahan :

2 paket maggi kari
1 sudu besar minyak masak
2 mangkuk air
1/2 mangkuk udang - bersihkan
2 biji telur
Sedikit sawi - celur

Bahan kisar :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering


Cara-cara :

1. Celur maggi dengan air panas hingga sedikit masak dan letak
dalam mangkuk bersama sawi celur.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan perencah maggi kari, air dan kacau hingga mendidih.

4. Masukkan udang kacau hingga masak.

5. Masukkan telur biar hingga masak dan tutup api.

6. Letakkan kuah ke dalam mangkuk maggi dan hidang.






Thursday, July 2, 2015

NASI GORENG SOSEJ XPRESS


Bahan-bahan :

3 sudu minyak masak

Bahan hiris :

3 ulas bawang merah
2 ulas putih bawang putih

Bahan A :

10 biji cili api - kisar halus
1/2 mangkuk sayur campur
1 sudu kecil garam halus
2 pinggan nasi putih
1 peket sosej - potong kecil goreng masak


Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Sedia untuk dihidangkan.




Wednesday, July 1, 2015

RESEPI IKAN BILIS GORENG KICAP XPRESS


Bahan-bahan :

4 sudu besar minyak masak

Bahan A :

1 labu bawang besar - hiris halus
5 biji cili api merah
5 biji cili api hijau

Bahan B :

1/2 mangkuk ikan bilis - bersihkan goreng garing
1/2 mangkuk kecil kicap manis
2 sudu besar air asam jawa
Secubit garam


Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan A hingga wangi.

2. Masukkan bahan B kacau rata.

3. Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.