Friday, June 24, 2016

RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH




RESEPI NASI TOMATO
===================
3 sudu besar PLANTA
Daun sup
Bawang goreng
Tomato 
Timun

Bahan Nasi :
-------------
2 cawan beras - cuci dan tos
2 1/2 cawan air
2 sudu besar susu cair
3 sudu besar tomato puri
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Hiris :
-------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah :
-----------------
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 inci halia - diketuk

Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan bahan nasi kacau rata, ketepikan.
2. Panaskan planta masukkan bahan hiris kacau sehingga sedikit garing. Masukkan bahan rempah kacau rata, tutup api. Masukkan ke dalam bahan nasi gaul sebati kemudian masak sehingga nasi kering.
3. Hidangkan bersama potongan timun, tomato dan taburkan bawang goreng serta hirisan daun sup.



RESEPI AYAM MASAK MERAH
=========================
Minyak utk menggoreng
Daun sup

Bahan A :
-----------
1/2 ekor ayam - potong kecil bersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus

Bahan Kisar :
-------------
1/2 inci halia
3 batang serai
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Bahan B :
----------
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar susu cair
Sedikit air


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan bahan A gaul sebati kemudian panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak, angkat ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan bahan B kacau rata sehingga pecah minyak, tutup api kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul rata. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato.





No comments:

Post a Comment