Friday, June 24, 2016

RESEPI NASI KABSA AYAM PLANTA



RESEPI NASI KABSA AYAM PLANTA
=============================
3 sudu besar PLANTA

Bahan Nasi :
----------------
2 cawan beras basmathi - cuci dan tos
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar cili kisar
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
1/2 sudu kecil serbuk jintan kasar
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam halus

Bahan A (hiris nipis) :
----------------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan B :
----------
1/2 inci halia - diketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan C :
----------
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk jintan kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Sedikit minyak

Bahan Hiasan :
---------------
Timun
Salad
Bawang goreng
Daun sup

Bahan Salsa (hiris nipis) :
-------------------------
1 labu Bawang besar
1 biji Tomato
1 biji Cili merah
4 biji Cili api hijau
5 biji Limau kasturi - ambil airnya
Sedikit garam halus
Sedikit gula


Cara-cara :
~~~~~~~~~~
1. Satukan bahan nasi dalam periuk kacau rata, ketepikan.
2. Cairkan planta dalam kuali, masukkan bahan A kacau sehingga sedikit garing dan masukkan bahan B kacau sebentar. Kemudian masukkan ke dalam bahan nasi tadi, kacau rata dan masak sehingga nasi kering.
3. Satukan bahan C kacau rata perap sebentar kemudian panggang sehingga ayam masak.
4. Gaulkan sebati bahan salsa dalam 1 bekas.
5. Hidangkan nasi, ayam panggang, salsa serta bahan hiasan.



No comments:

Post a Comment