Saturday, June 25, 2016

CC Cream MARY KAY


Assalamualaikum & salam 1 MALAYSIA...
Just nak share kat uollz....
CC Cream MARY KAY nie memang terbaekkkk sebab pe...bile apply kat kulit muka tak lah bercapuk2... ia mampu menyekatakan tona kulit, melindungi kulit dari sinaran matahari, memberi kekemasan pada kulit muka dan yang paling penting bebas dari bahan2 yang merbahaya.
Part nih memang penting N kena ada dalam bag tak pernah miss klu lupa bawak memang rasa semacam jerrrr....
Meh la coba....FREE ja


>>>>>>>>>>>>>>>> Whatsapp : 012-6442013 <<<<<<<<<<<<<<<


Friday, June 24, 2016

TimeWise Skin Care - Miracle Set


~Bimbang akan tanda penuaan yang ketara sebelum waktu ?

~Wanita yang berusia mampu kelihatan lebih muda ?

~ Wanita muda mampu mengekalkan keremajaan ?

> > > whatsapp : 012-6442013 < < <



TimeWise Miracle Set
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
🌟membantu melambatkan tanda penuaan pada kulit wajah.
🌟kulit wajah kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
🌟mengurangkan garis2 halus serta kedutan pada wajah.
🌟memberi keanjalan pada kulit.
🌟tona kulit lebih sekata.
🌟kulit wajah tampil lebih licin, halus serta lembut dan berseri.

> > > whatsapp : 012-6442013 < < <




TimeWise Cleanser 3-in-1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
manik pembersih yg lembut

menanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan 

membersihkan kulit muka serta menyegarkan

menyerlahkan kulit agar tampak muda

> > > whatsapp : 012-6442013 < < <




TimeWise Age-Fighting Moisturizer
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 mengurangkan garis halus dan kedutan

memulihkan serta memperbaharui sel kulit secara semulajadi

memberikan kelembapan pada kulit

menampilkan kulit yg lebih pejal dan licin

> > > whatsapp : 012-6442013 < < <



Day Solution Sunscreen SPF 35
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
membantu mencergaskan sel kulit

menghalang UVA dan UVB

melindungi kulit daripada sinaran matahari


> > > whatsapp : 012-6442013 < < <





TimeWise Night Solution
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
memberi kelembutan serta menganjalkan struktur kulit

melembapkan kulit wajah setiap kali penggunaan pada waktu malam


> > > whatsapp : 012-6442013 < < <



RESEPI ASAM PEDAS SARDIN



RESEPI ASAM PEDAS SARDIN
=========================
1 tin besar sardin
Minyak
Air asam jawa
Garam
Gula
Air
1 batang serai - diketuk
Daun kesom - bersihkan

Bahan kisar :
-------------
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai kacau rata hingga pecah minyak.
2. Masukkan sardin kacau rata.
3. Masukkan air, air asam jawa dan perasakan garam serta gula.
4. Tutup api kemudian masukkan daun kesum. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi atau roti pon sodap.





RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH




RESEPI NASI TOMATO
===================
3 sudu besar PLANTA
Daun sup
Bawang goreng
Tomato 
Timun

Bahan Nasi :
-------------
2 cawan beras - cuci dan tos
2 1/2 cawan air
2 sudu besar susu cair
3 sudu besar tomato puri
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Hiris :
-------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah :
-----------------
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 inci halia - diketuk

Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan bahan nasi kacau rata, ketepikan.
2. Panaskan planta masukkan bahan hiris kacau sehingga sedikit garing. Masukkan bahan rempah kacau rata, tutup api. Masukkan ke dalam bahan nasi gaul sebati kemudian masak sehingga nasi kering.
3. Hidangkan bersama potongan timun, tomato dan taburkan bawang goreng serta hirisan daun sup.



RESEPI AYAM MASAK MERAH
=========================
Minyak utk menggoreng
Daun sup

Bahan A :
-----------
1/2 ekor ayam - potong kecil bersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus

Bahan Kisar :
-------------
1/2 inci halia
3 batang serai
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Bahan B :
----------
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar susu cair
Sedikit air


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan bahan A gaul sebati kemudian panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak, angkat ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan bahan B kacau rata sehingga pecah minyak, tutup api kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul rata. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato.





RESEPI NASI KABSA AYAM PLANTA



RESEPI NASI KABSA AYAM PLANTA
=============================
3 sudu besar PLANTA

Bahan Nasi :
----------------
2 cawan beras basmathi - cuci dan tos
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar cili kisar
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
1/2 sudu kecil serbuk jintan kasar
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam halus

Bahan A (hiris nipis) :
----------------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan B :
----------
1/2 inci halia - diketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan C :
----------
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk jintan kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Sedikit minyak

Bahan Hiasan :
---------------
Timun
Salad
Bawang goreng
Daun sup

Bahan Salsa (hiris nipis) :
-------------------------
1 labu Bawang besar
1 biji Tomato
1 biji Cili merah
4 biji Cili api hijau
5 biji Limau kasturi - ambil airnya
Sedikit garam halus
Sedikit gula


Cara-cara :
~~~~~~~~~~
1. Satukan bahan nasi dalam periuk kacau rata, ketepikan.
2. Cairkan planta dalam kuali, masukkan bahan A kacau sehingga sedikit garing dan masukkan bahan B kacau sebentar. Kemudian masukkan ke dalam bahan nasi tadi, kacau rata dan masak sehingga nasi kering.
3. Satukan bahan C kacau rata perap sebentar kemudian panggang sehingga ayam masak.
4. Gaulkan sebati bahan salsa dalam 1 bekas.
5. Hidangkan nasi, ayam panggang, salsa serta bahan hiasan.



RESEPI NASI MANDY AYAM PLANTA


RESEPI NASI MANDY AYAM PLANTA
==============================
2 cawan beras basmathi - cuci bersih
3 sudu besar PLANTA

Bahan A :
----------
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
1/2 peket kecil rempah sup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam halus
1 inci halia - diketuk
3 cawan air

Bahan Hiris :
-------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan B :
----------
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Bahan C :
----------
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
1/2 sudu kecil serbuk jintan kasar
1 sudu kecil serbuk beriani

Hiasan :
---------
Salad
Tomato
Timun jepun
Cili merah
Cili hijau

Bahan Salsa :
--------------
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar
4 biji cili api merah
4 biji cili api hijau
3 biji limau kasturi - ambil airnya


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan bahan A rebus sebentar dlm 10 minit untuk buat stok ayam. Keluarkan ayam dan ketepikan.
2. Panaskan planta, masukkan bahan hiris kacau sehingga sedikit garing kemudian masukkan bahan B kacau sebentar. Masukkan air rebusan ayam dan beras basmathi yg telah dibersihkan dengan perlahan2. Kacau rata, masak sehingga nasi kering.
3. Satukan bahan C serta ayam yg telah di rebus tadi, gaul rata dan perap sebentar. Kemudian panggang ayam sehingga masak.
4. Untuk bahan salsa hiris nipis tomato, bawang besar, cili api merah/hijau dalam 1 bekas kemudian perahkan limau kasturi. Perasakan garam dan gula, gaul rata.
5. Masukkan nasi, ayam panggang, bahan hiasan ke dalam dulang dan hidangkan bersama salsa.




RESEPI DAGING LADA HITAM


RESEPI DAGING LADA HITAM
=========================
Minyak
Garam
Daun ketumbar / daun sup
Cili merah
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 labu bawang holland

Bahan A :
----------
Daging - bersihkan dan hiris nipis
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu air asam jawa
Air


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan bahan A kacau rata.
3. Masukkan bawang holland biar sehingga daging masak dan lembut.
4. Perasakan garam kacau rata.
5. Tutup api kemudian taburkan cili merah dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.



RESEPI KERUTUB AYAM




RESEPI KERUTUB AYAM
====================
1 peket kecil serbuk ayam & daging
Minyak
2 batang serai
Bawang goreng
Daun ketumbar

Bahan A (dikisar) :
~~~~~~~~~~~~~~~
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Bahan B :
~~~~~~~~
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil
2 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan
2 sudu makan gula merah
Sedikit air asam jawa
Air
Garam


Cara- cara :
~~~~~~~~~~
1. Bancuh serbuk kerutub bersama air utk dijadikan pes kacau rata.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan A bersama serai biar sehingga wangi.
3. Masukkan bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan B kacau rata biar sehingga kuah pekat, ayam lembut dan masak.
5. Tutup api taburkan bawang goreng serta hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.






Thursday, June 16, 2016

RESEPI BUBUR LAMBUK DAGING


RESEPI BUBUR LAMBUK DAGING
============================
150 gm daging - dihiris kecil
5 cawan air
1 cawan beras - cuci bersih dan tos
Kacang tanah - sedikit
Minyak masak
Garam
Daun sup - hiris
Cili merah - hiris
Bawang goreng

Bahan Hiris :
-------------
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
----------
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan B :
----------
1/2 inci halia - diketuk
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit serbuk lada hitam

Bahan C (potong kecil) :
----------
1 biji kentang
1/2 batang lobak merah
3 sudu makan santan pekat


Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Satukan daging dan air dalam periuk kemudian rebus sehingga lembut.
2. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan hiris sehingga sedikit garing kemudian masukkan bahan A dan bahan B kacau sampai naik bau. Tutup api kemudian masukkan ke dalam periuk daging.
3. Masukkan beras, kacang tanah, garam kacau rata.
4. Masukkan bahan C kacau sebati biar sehingga lembut. Tambah sedikit air jika perlu. Pastikan beras kembang dan lembut seperti bubur.
5. Boleh hidangkan bersama daun sup dan tabur bawang goreng untuk rasa tambahan.





RESEPI PAPRIK AYAM


RESEPI PAPRIK AYAM
==================
2 ketul isi ayam - potong kecil
Sedikit minyak
3 helai daun limau purut
1/2 biji limau nipis - mbil airnya
Sedikit garam dan gula

Bahan A :
---------
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang holland - hiris nipis
Bahan B :
---------
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Bahan C (potong kecil) :
------------------------
2 biji cili merah
Kacang panjang
Kobis bunga
Lobak merah
Jagung kecil
Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan A.
2. Masukkan ayam dan bahan B kacau rata.
3. Masukkan bahan C biar sehingga sayur sedikit lembut.
4. Masukkan daun limau purut, air perahan limau dan perasakan garam serta gula. Kacau rata.
5. Tutup api sedia untuk dihidangkan.



Monday, June 13, 2016

SODA LAICI SPECIAL


SODA LAICI SPECIAL
==================
1 botol ais krim soda
1 tin lychees
1 biji lemon - potong bulat
Asam boi
Daun pudina
Ais

Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Campur semua bahan kacau rata.
2. Sedia untuk dihidangkan.





RESEPI DAGING GORENG KUNYIT BERSAYUR


RESEPI DAGING GORENG KUNYIT BERSAYUR
================================
Daging - hiris nipis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan A (potong kecil) :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1/2 labu bawang holland
3 biji cili api merah
Bunga kobis
Lobak merah
Kacang panjang
Sedikit garam halus
Sedikit air

Cara-cara :
~~~~~~~~~
1. Bersihkan daging dan hiris nipis kemudian gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng sehingga sedikit masak, angkat ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak.
3. Masukkan bahan A dan daging yang telah di goreng tadi, kacau rata.
4. Biar sehingga daging masak, tutup api dan sedia untuk di hidangkan.




RESEPI AYAM SAMBAL BALI



RESEPI AYAM SAMBAL BALI 
=========================
1/2 ekor ayam
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Minyak
15 tangkai cili kering - celur dan kisar

Bahan Kisar :
~~~~~~~~~~~
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Bahan A :
~~~~~~~~
5 batang serai - diketuk
2 tangkai daun kari
Bahan B :
~~~~~~~~
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
2 sudu makan air asam jawa

Cara-cara :
------------
1. Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan A.
3. Masukkan bahan Kisar kacau rata dan masukkan cili kering yg telah dikisar. Biar sehingga naik bau serta pecah minyak sedikit.
4. Masukkan bahan B kemudian masukkan ayam yang telah digoreng kacau sebati.
5. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.





RESEPI MURTABAK MEGI KARI SIMPLE


RESEPI MURTABAK MEGI KARI SIMPLE
==========================
2 bungkus megi kari
3 biji telur
Sedikit minyak masak

Bahan Hiris :
----------------
1 labu bawang besar
3 biji cili api hijau
2 biji cili api merah

Cara-cara :
--------------
1. Celur megi hingga sedikit kembang kemudian toskan airnya dan ketepikan.
2. Pukul telur sebentar kemudian masukkan perencah megi kari dan kacau sebati.
3. Masukkan bahan hiris dan megi yang telah dicelur tadi gaul rata.
4. Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bahan2 yg telah di gaul tadi dan ratakan nipis ke dlm kuali seperti menggoreng telur dadar.
5. Biar sehingga sedikit garing dan kekuningan.
6. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan ketika panas.