Sunday, September 6, 2015

RESEPI KUIH KETAYAP


Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar besar gula melaka
1/2 cawan air

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
Secubit garam halus
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna hijau


Cara-cara :
1. Satukan bahan inti gaul rata kacau dan masak hingga sedikit kering. Tutup api dan ketepikan.

2. Untuk bahan kulit bancuh dalam satu bekas kacau rata dan kisar menggunakan pengisar.

3. Panaskan kuali non-stick dan ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan nipis serta rata. Biar hingga sedikit garing dan angkat ketepikan. Buat sehingga adunan habis.

4. Ambil sekeping kulit ketayap, letak inti ditengah dan lipat kemas kiri kanan kemudian gulung. Buat hingga habis.

5. Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.








No comments:

Post a Comment