Wednesday, September 30, 2015

RESEPI ASAM REBUS IKAN SELAR


Bahan Kisar :
2 biji cili api merah
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit
1 ulas bawang putih
2 biji baawang merah

Bahan A :
2 ekor ikan selar
2 sudu cili kisar
Air secukupnya

Bahan B :
Sedikit nenas - dipotong kecil
Sedikit kacang panjang - dipotong pendek
Garam halus secukup rasa


Cara-cara :
1. bersihkan ikan dan potong 2.

2. Satukan bahan kisar dan bahan A ke dalam periuk.

3. Masakkan sehingga mendidih.

4. Masukkan bahan B biar sehingga kuah sedikit pekat dan mendidih.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





Tuesday, September 29, 2015

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap - bersih dan kelarkan
2 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng secukupnya
2 sudu besar cili kisar
Sedikit nenas - potong kecil
Garam halus secukup rasa
Sedikit daun bawang - potong pendek

Bahan Kisar :
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air

Bahan B (dihiris) :
1 biji bawang holland
3 biji cili api
3 batang serai
1 inci halia


Cara-cara :
1. Gaulkan ikan dengan tepung jagung hingga rata kemudian goreng sehingga garing, angkat dan letak ke dalam pinggan hidangan.

2. Panaskan kuali dan ambil 3 sudu besar minyak dari gorengan tadi kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, bahan A, bahan B kacau rata.

4. Masukkan nenas dan perasakan garam biar sehingga kuah mendidih serta sedikit pekat.

5. Tutup api kemudian curah ke atas ikan dan taburkan dengan sedikit daun bawang.

6. Sedia untuk dihidangkan.




Sunday, September 27, 2015

RESEPI MEE GORENG DAGING


Bahan-bahan :
1 paket mee - basuh dan toskan
2 sudu besar minyak
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Sedikit hirisan limau nipis
Garam halus secukup rasa

Bahan kisar :
6 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan A :
100g daging - potong nipis
1 cawan air

Bahan B :
1 sudu besar kicap mee
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar air rebusan daging


Cara-cara :
1. Rebus bahan A hingga lembut kemudian toskan airnya dan ketepikan.

2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan daging yang telah direbus tadi.

4. Masukkan bahan B.

5. Masukkan mee kacau rata kemudian masukkan telur dan perasakan garam kacau sebati.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama sedikit daun bawang serta hirisan limau nipis.





Thursday, September 24, 2015

RESEPI RENDANG AYAM


Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak
Sehelai daun kunyit - dihiris

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
5 biji cili api merah
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
6 batang serai
3 inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit

Bahan A :
1 ekor ayam - potong kecil
250 ml santan

Bahan B :
1 paket kecil kerisik
4 sudu besar gula merah
1/2 keping asam gelugur
Garam halus secukup rasa


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak rumis bahan kisar.

2. Masukkan bahan A kacau sebati.

3. Perlahankan api dan kacau rata kemudian masukkan bahan B biar hingga kuah sedikit pekat.

4. Tutup api, taburkan daun kunyit dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi impit.






RESEPI ROTI TORTILLA TELUR


Bahan-bahan :
2 biji telur
2 keping roti tortilla

Bahan A :
1 biji tomato - dihiris
1/2 biji bawang holland - dihiris
4 keping daun salad

Bahan B :
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili


Cara-cara :
1. Goreng telur dengan menggunakan kuali non-stick dan hancurkan kemudian ketepikan.

2. Panaskan sebentar roti tortilla kemudian letak bahan A, telur hancur, bahan B dan gulung kemas.

3. Sedia untuk dihidangkan.






RESEPI DAGING CINCANG GORENG


Bahan-bahan :
1/4 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang holland - potong bulat
Garam halus secukup rasa
2 biji telur

Bahan A :
300 g daging - di cincang kecil
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus

Bahan B :
4 sudu besar air
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Bahan C (potong kecil ) :
Sedikit kacang panjang
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot


Cara-cara :
1. Satukan bahan A gaul rata dan goreng garing kemudian angkat ketepikan.

2. Panaskan minyak masak kemudian goreng bawang putih dan bawang holland hingga sedikit layu kekuningan.

3. Masukkan bahan B kemudian bahan C kacau rata hingga sebati.

4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan perasakan garam.

5. Biar hingga sedikit garing.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih serta sup xpress.


ROTI TORTILLA DAGING


Bahan-bahan :
2 keping daging burger
2 keping roti tortilla

Bahan A :
1 biji tomato - dihiris
1/2 biji bawang holland - dihiris
4 keping salad

Bahan B :
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili


Cara-cara :
1. Grill kan daging burger dengan menggunakan kuali non-stick hingga garing kemudian potong kecil dan ketepikan.

2. Panaskan sebentar roti tortilla kemudian letak bahan A, potongan daging burger, bahan B dan gulung kemas.

3. Sedia untuk dihidangkan.



Wednesday, September 23, 2015

RESEPI AYAM GORENG TELUR


Bahan-bahan :
1/2 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang holland - potong bulat
Garam halus secukup rasa
2 biji telur

Bahan A :
2 ketul dada ayam - potong kecil
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus

Bahan B :
4 sudu besar air
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Bahan C (potong kecil ) :
Sedikit kacang panjang
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot


Cara-cara :
1. Satukan bahan A gaul rata dan goreng garing kemudian angkat ketepikan.

2. Kurangkan sedikit minyak kemudian goreng bawang putih dan bawang holland hingga sedikit layu kekuningan.

3. Masukkan bahan B kemudian bahan C kacau rata.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan garam, kacau rata.

5. Masukkan telur biar hingga sedikit garing dan kacau hingga rata serta sedikit garing.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih serta sup xpress.






RESEPI SUP XPRESS


Bahan-bahan :
3 cawan air
1 kiub ayam
1/2 biji limau nipis - ambil airnya

Bahan A :
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang - potong pendek


Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk.

2. Masukkan kiub ayam kacau rata biar hingga mendidih.

3. Tutup api dan masukkan bahan A serta air limau nipis.

4. Sedia untuk dihidangkan.




Friday, September 18, 2015

RESEPI MEE SUP DAGING


Bahan-bahan :
300gm daging - potong kecil
1500 ml air
4 sudu besar minyak masak
Garam halus secukup rasa

Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

Bahan A :
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah keras - hancurkan
4 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan B :
1 bungkus mee - dicelur
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang - potong pendek
Sedikit sambal kicap
Sedikit cili api bersama cuka
1 biji limau nipis - potong kecil


Cara-cara :

1. Satukan daging dan air dalam periuk kemudian rebus sehingga lembut.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali.

3. Tumis bahan A hingga wangi.

4. Masukkan bahan kisar kacau hingga sedikit garing.

5. Kemudian masukkan ke dalam periuk daging tadi dan kacau rata biar sehingga mendidih dan kuah pekat. Perasakan garam, tutup api.

6. Hidangkan bersama bahan B.







Friday, September 11, 2015

RESEPI AYAM KICAP XPRESS


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
1/2 ekor ayam - potong kecil
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng secukupnya
1 biji tomato - belah 4

Bahan kisar :
10 tangkai cili api merah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A :
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan air


Cara-cara :
1. Satukan ayam, garam halus, serbuk kunyit gaul rata dan goreng garing kemudian angkat, ketepikan.

2. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan bahan A kacau rata biar hingga mendidih.

4. Masukkan tomato dan ayam goreng tadi, kacau rata.

5. Tutup api dan dan sedia untuk dihidangkan.




RESEPI KUIH LOMPANG


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan air
Sedikit minyak masak
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning

Bahan A :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Bahan B :
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
Secubit garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan periuk pengukus.

2. Satukan bahan A dalam periuk kecil kemudian didihkan atas api sehingga gula cair dan tutup api, ketepikan.

3. Dalam satu bekas yang lain satukan tepung beras dan tepung ubi kayu kemudian masukkan air serta air gula tadi. Kacau hingga sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bekas dan letak pewarna merah, hijau, kuning ke dalam setiap bekas, kacau rata.

5. Sapu sedikit minyak ke dalam setiap acuan kemudian masukkan ke dalam bekas acuan dan kukus selama 30 minit.

6. Gaulkan bahan B hingga rata, ketepikan.

7. Biar kuih sejuk sedikit kemudian keluarkan acuan dan letak sedikit kelapa parut di tengahnya. Sedia untuk dihidangkan.







Wednesday, September 9, 2015

RESEPI DAGING HITAM XPRESS


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
1 mangkuk daging - potong kecil
4 cawan air

Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan A :
1 sudu besar serbuk jintan kasar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 batang serai

Bahan B :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula merah
1 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
1. Satukan daging dan air rebus sehingga lembut. Ketepikan.

2. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan bahan A kacau rata biar sebentar.

4. Masukkan daging dan air rebusan tadi.

5. Masukkan bahan B kacau sebati biar sehingga kuah sedikit pekat.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.









Monday, September 7, 2015

RESEPI KUIH BOM


Bahan-bahan :
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Bijan putih secukupnya

Bahan Inti :
1 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula melaka

Bahan Kulit :
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Secubit garam halus
1 cawan air


Cara-cara :
1. Satukan Bahan Inti gaul rata kacau dan masak hingga sedikit kering. Tutup api dan ketepikan.

2. Untuk Bahan Kulit bancuh dalam satu bekas kacau rata dan uli hingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit doh leperkan dan isi inti ditengah tutupkan uli bulat.

4. Golekkan ke dalam bijan putih hingga rata dan ketepikan.

5. Panaskan minyak masak dengan menggunakan api yang kecil kemudian goreng hingga sedikit kekuningan. Jangan goreng terlalu lama kuih akan pecah dan POP. Angkat dan toskan.

6. Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.







Sunday, September 6, 2015

RESEPI KUIH KETAYAP


Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar besar gula melaka
1/2 cawan air

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
Secubit garam halus
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna hijau


Cara-cara :
1. Satukan bahan inti gaul rata kacau dan masak hingga sedikit kering. Tutup api dan ketepikan.

2. Untuk bahan kulit bancuh dalam satu bekas kacau rata dan kisar menggunakan pengisar.

3. Panaskan kuali non-stick dan ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan nipis serta rata. Biar hingga sedikit garing dan angkat ketepikan. Buat sehingga adunan habis.

4. Ambil sekeping kulit ketayap, letak inti ditengah dan lipat kemas kiri kanan kemudian gulung. Buat hingga habis.

5. Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.








Friday, September 4, 2015

RESEPI PASTA GORENG SOSEJ


Bahan-bahan :
6 cawan air
1/2 sudu kecil minyak masak
1/2 paket pasta ANGEL HAIR
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan A :
5 batang sosej - potong kecil dan goreng sedikit garing
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan air rebusan pasta
Secubit garam halus

Bahan B (potong kecil) :
Sedikit brokoli
Sedikit carrot


Cara-cara :
1. Didihkan air masukkan sedikit minyak masak kemudian rebus pasta ANGEL HAIR hingga lembut, angkat toskan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan bahan A kacau rata.

4. Masukkan bahan B dan pasta ANGEL HAIR yang telah direbus tadi. Gaul rata.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




RESEPI CEKODOK PISANG KELAPA


Bahan-bahan :
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
5 biji pisang berangan masak - dilenyek
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula pasir
1 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/8 cawan air


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan A ke dalam bekas dan kacau rata.

2. Panaskan minyak dan ambil sesudu adunan kemudian goreng ke dalam kuali. Ulang hingga adunan  habis.

3. Goreng hingga warna kekuningan dan angkat.

4. Sedia untuk dihidangkan.






Thursday, September 3, 2015

RESEPI GULAI DAGING XPRESS


Bahan-bahan :
1 mangkuk daging - potong kecil
5 cawan air
5 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Bahan A :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan B :
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kari daging

Bahan C :
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
2 sudu kecil garam halus
1/2 keping asam keping
1 kotak kecil santan segera


Cara-cara :
1. Satukan daging dan air kemudian rebus hingga lembut.

2. Panaskan minyak masak tumis sebentar bahan A hingga wangi.

3. Masukkan bahan kisar kacau rata.

4. Masukkan bahan B kacau kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga lembut bersama air rebusan.

5. Masukkan bahan C gaul rata biar hingga mendidih dan kuah pekat.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.










RESEPI LEMPENG KELAPA XPRESS


Bahan-bahan :
Sedikit susu pekat

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
Secubit garam halus
1 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
1/2 sudu kecil minyak masak
2 cawan air


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan A dan gaul rata.

2. Panaskan kuali non-stick.

3. Ambil sesenduk adunan kemudian lenggangkan nipis ke dalam kuali biar hingga sedikit kekuningan terbalikkan adunan sebentar, angkat ketepikan dan ulang hingga adunan habis.

4. Hiaskan bersama sedikit susu pekat dan sedia untuk dihidangkan ketika panas.




Wednesday, September 2, 2015

RESEPI BUAH MELAKA


Bahan-bahan :
Sedikit gula melaka - potong kecil
Air untuk merebus secukupnya

Bahan A :
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit pewarna hijau
3/4 cawan air

Bahan B :
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
Sedikit garam halus


Cara-cara :
1, Satukan bahan A dalam bekas dan bancuh sehingga menjadi doh.

2. Ambil sedikit doh, leperkan kemudian letak inti sedikit gula melaka yang telah di potong kecil dan uli bulat kecil. Buat sehingga adunan habis, ketepikan.

3. Gaulkan bahan B dan ketepikan.

4. Didihkan air rebusan kemudian masukkan adunan sebiji demi sebiji dan biarkan sehingga bebola timbul.

5. Tunggu sebentar kemudian angkat, toskan dan golekkan ke dalam bahan B tadi.

6. Hiaskan dan sedia untuk dihidangkan.






Tuesday, September 1, 2015

RESEPI YEE MEE SAYUR XPRESS


Bahan-bahan :
1 ketul yee mee
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar :
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar sos tiram
3 cawan air

Bahan B (potong kecil) :
1/2 mangkuk kecil carrot
1/2 mangkuk kecil jagung kecil
1/2 mangkuk kecil brokoli
1/2 mangkuk kecil bunga kobis
1/2 mangkuk kecil kobis
1/2 mangkuk kecil sawi pak choy


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata.

3. Masukkan bahan B dan yee mee biar hingga mendidih.

4. Masukkan telur gaul rata.

5. Tutup api sedia untuk dihidangkan.