Friday, September 11, 2015

RESEPI KUIH LOMPANG


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan air
Sedikit minyak masak
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning

Bahan A :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Bahan B :
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
Secubit garam halus


Cara-cara :
1. Panaskan periuk pengukus.

2. Satukan bahan A dalam periuk kecil kemudian didihkan atas api sehingga gula cair dan tutup api, ketepikan.

3. Dalam satu bekas yang lain satukan tepung beras dan tepung ubi kayu kemudian masukkan air serta air gula tadi. Kacau hingga sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bekas dan letak pewarna merah, hijau, kuning ke dalam setiap bekas, kacau rata.

5. Sapu sedikit minyak ke dalam setiap acuan kemudian masukkan ke dalam bekas acuan dan kukus selama 30 minit.

6. Gaulkan bahan B hingga rata, ketepikan.

7. Biar kuih sejuk sedikit kemudian keluarkan acuan dan letak sedikit kelapa parut di tengahnya. Sedia untuk dihidangkan.







No comments:

Post a Comment