Wednesday, September 2, 2015

RESEPI BUAH MELAKA


Bahan-bahan :
Sedikit gula melaka - potong kecil
Air untuk merebus secukupnya

Bahan A :
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit pewarna hijau
3/4 cawan air

Bahan B :
1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
Sedikit garam halus


Cara-cara :
1, Satukan bahan A dalam bekas dan bancuh sehingga menjadi doh.

2. Ambil sedikit doh, leperkan kemudian letak inti sedikit gula melaka yang telah di potong kecil dan uli bulat kecil. Buat sehingga adunan habis, ketepikan.

3. Gaulkan bahan B dan ketepikan.

4. Didihkan air rebusan kemudian masukkan adunan sebiji demi sebiji dan biarkan sehingga bebola timbul.

5. Tunggu sebentar kemudian angkat, toskan dan golekkan ke dalam bahan B tadi.

6. Hiaskan dan sedia untuk dihidangkan.






No comments:

Post a Comment