Monday, September 7, 2015

RESEPI KUIH BOM


Bahan-bahan :
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Bijan putih secukupnya

Bahan Inti :
1 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula melaka

Bahan Kulit :
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Secubit garam halus
1 cawan air


Cara-cara :
1. Satukan Bahan Inti gaul rata kacau dan masak hingga sedikit kering. Tutup api dan ketepikan.

2. Untuk Bahan Kulit bancuh dalam satu bekas kacau rata dan uli hingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit doh leperkan dan isi inti ditengah tutupkan uli bulat.

4. Golekkan ke dalam bijan putih hingga rata dan ketepikan.

5. Panaskan minyak masak dengan menggunakan api yang kecil kemudian goreng hingga sedikit kekuningan. Jangan goreng terlalu lama kuih akan pecah dan POP. Angkat dan toskan.

6. Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.







No comments:

Post a Comment