Wednesday, November 25, 2015

RESEPI CHEESE BALL KELEDEK


Bahan-bahan :
2 biji keledek
2 keping cheddar cheese - dipotong kecil
1 biji telur - dipukul
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum


Cara-cara :
1. Kupas kulit keledek bersihkan dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Angkat, toskan airnya kemudian lecek sehingga sekata.

2. Gaulkan dengan bahan A kacau rata.

3. Ambil sedikit adunan kemudian letakkan cheese ditengahnya sebagai inti dan uli bulat kembali.

4. Celupkan ke dalam telur kemudian golekkan ke atas serbuk roti.

5. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga sedikit kekuningan.

6. Angkat dan toskan minyak.

7. Sedia untuk dihidangkan ketika panas bersama sedikit sos serta mayonis.






Tuesday, November 24, 2015

RESEPI CENCARU LEMAK CILI API DAUN CEKUR


Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru
1 sudu besar minyak masak
100 ml air
Sehelai daun cekur - dihiris

Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
10 biji cili api merah

Bahan A :
200 ml santan
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Sedikit gula pasir


Cara-cara :
1. Bersihkan ikan kemudian potong 2 dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga sedikit garing angkat, ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi kemudian masukkan air.

3. Masukkan bahan A dan ikan goreng tadi biar sehingga mendidih.

4. Tutup api dan taburkan daun cekur. Sedia untuk dihidangkan.





RESEPI KOBIS GORENG TOMATO KUCAI


Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Bahan Hiris :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api merah

Bahan A (dipotong kecil) :
Sedikit kobis
Sedikit daun kucai
1 biji tomato


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan hiris sehingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata dan perasakan garam.

3. Sedia untuk dihidangkan.




RESEPI KUIH KERIA


Bahan-bahan :
2 biji keledek ( sederhana besar )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum

Bahan B :
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air


Cara-cara :
1. Bersihkan keledek potong kecil kemudian rebus sehingga lembut.

2. Angkat, toskan airnya dan lecek sehingga sekata.

3. Masukkan Bahan A gaul rata.

4. Ambil sedikit adunan dan uli bulat kemudian lubangkan ditengahnya buat seperti gegelang kecil.

5. Panaskan minyak masak kemudian goreng sehingga sedikit kekuningan. Angkat dan ketepikan.

6. Masak Bahan B sehingga mendidih sedikit kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sebati sehingga gula kering melekat pada kuih.

7. Sedia untuk dihidangkan.



RESEPI KELEDEK GORENG SAMBAL KICAP


Bahan-bahan :
3 biji keledek
Minyak masak secukupnya

Bahan A :
Sedikit tepung beras
Sedikit tepung ranggup
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air


Cara-cara :
1. Kupas kulit keledek, bersihkan dan potong memanjang.

2. Satukan bahan A kacau sebati kemudian masukkan keledek gaul rata.

3. Panaskan minyak masak, goreng keledek sehingga sedikit kekuningan.

4. Angkat toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap.



RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak

Bahan Hiris :
3 ulas bawang putih
7 biji cili api merah

Bahan A :
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap masin


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan goreng bahan hiris sebentar kemudian kisarkan.

2. Gaulkan dengan bahan A sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama keledek goreng.






RESEPI CHEESE BEBOLA KENTANG


Bahan-bahan :
2 biji kentang
2 keping cheddar cheese - dipotong kecil
1 biji telur - dipukul
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum


Cara-cara :
1. Kupas kulit kentang, bersihkan dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Angkat, toskan airnya dan lecek sehingga sekata.

2. Masukkan bahan A gaul rata.

3. Ambil sedikit adunan dan letak cheddar cheese di tengah sebagai inti kemudian uli bulat.

4. Celupkan bebola ke dalam telur kemudian golekkan ke atas serbuk roti.

5. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga sedikit kekuningan.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan ketika panas bersama sedikit sos serta mayonis.










Thursday, October 29, 2015

RESEPI MEE GORENG TAUHU


Bahan-bahan :
1 peket mee - cuci dan tos
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kisar
Sedikit garam halus
Sedikit hirisan limau

Bahan kisar :
1/2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan A :
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap mee
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 cawan air

Bahan B :
2 ketul tauhu - dihancurkan
1 biji telur

Bahan C :
1/2 biji tomato - potong baji
Sedikit kobis - potong kecil



Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar, cili kisar hingga wangi.

2. Masukkan bahan A dan bahan B kacau rata.

3. Masukkan bahan C serta mee gaul rata dan sebati kemudian perasakan garam.

4. Sedia dihidangkan bersama hirisan limau dan timun.







RESEPI SUP DAGING XPRESS


Bahan-bahan :
200g daging - potong kecil
2 liter air
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus
Sedikit daun bawang

Bahan hiris :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang serai - diketuk

Bahan B :
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih


Cara-cara :
1. Satukan daging dan air kemudian rebus sehingga lembut.

2. Panaskan minyak masak dan goreng bahan hiris hingga sedikit garing kemudian masukkan bahan A di ikuti bahan B kacau rata.

3. Masukkan bahan goreng ke dalam rebusan daging kacau rata biar sehingga mendidih.

4. Perasakan garam dan sedia untuk dihidangkan bersama sedikit daun bawang, telur masin, sambal kicap dan hirisan  limau, timun serta tomato.







Wednesday, October 28, 2015

RESEPI BUBUR SOM-SOM


Bahan Air gula :
2 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula

Bahan A (diayak) :
1 cawan tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung

Bahan B :
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit garam halus


Cara-cara :
1. Satukan bahan air gula dan masakkan sehingga larut, ketepikan.

2. Campurkan bahan A dan bahan B kacau rata. Masakkan menggunakan api perlahan dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.

3. Masakkan sehingga likat dan berkilat kemudian masukkan ke dalam acuan yang sesuai, biar sejuk sedikit.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama air gula.







RESEPI MASAK LEMAK TELUR AYAM


Bahan-bahan :
4 biji telur

Bahan kisar :
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili api merah
1 inci kunyit

Bahan A :
2 cawan air
2 batang serai - diketuk

Bahan B :
1 cawan santan
Sedikit garam halus
Sedikit asam keping


Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan bahan kisar kemudian masak sehingga mendidih.

2. Kecilkan api dan masukkan telur 1 per 1, biar sebentar.

3. Masukkan bahan B kacau rata biar mendidih, tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.





RESEPI BENDI GORENG CILI API


Bahan-bahan :
Sedikit bendi - bersihkan dan potong kecil.
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus
2 sudu besar air

Bahan kisar :
4 biji cili api merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan sedikit air.

3. Masukkan bendi kacau rata.

4. Perasakan garam kacau sebati.

5. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan ketika panas.




Tuesday, October 27, 2015

RESEPI ROTI SARDIN GULUNG


Bahan-bahan :
10 keping roti - digelek leper
2 biji telur
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus
1 biji limau kasturi - ambil airnya
1 tin sardin - ambil isi dan hancurkan
Sedikit serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Bahan hiris :
1/2 labu bawang besar
5 biji cili api merah


Cara-cara :
1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan tumis bahan hiris.

2. Masukkan ikan sardin hancur kacau rata.

3. Perasakan garam dan masukkan jus limau kasturi, tutup api. Biar sejuk sebentar.

4. Ambil sekeping roti, letak inti sardin tadi kemudian gulung kemas dan gamkan dengan sedikit telur. Celupkan dalam telur kemudian golekkan ke dalam serbuk roti.

5. Panaskan minyak masak dan goreng sebentar, angkat toskan minyak gorengan.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama sedikit sos  cili serta mayonis.






Monday, October 26, 2015

RESEPI DAGING MERAH KACANG PANJANG


Bahan-bahan :
4 sudu minyak masak
Sehelai daun limau purut

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas

Bahan A :
2 sudu cili kisar
3 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk jintan kasar

Bahan B :
300g daging - potong kecil
3 cawan air


Bahan C :
Sedikit garam halus
Sedikit gula
Sedikit asam keping
Sedikit kacang panjang - potong pendek
1 labu bawang holland - potong bulat



Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar serta bahan A sehingga wangi.

2. Masukkan bahan B dan masakkan sehingga daging lembut.

3. Apabila daging sudah lembut masukkan bahan C kacau rata biar sayur sedikit layu, tutup api dan masukkan daun limau purut.

4. Sedia untuk dihidangkan.





Sunday, October 25, 2015

RESEPI AYAM MASAK JINTAN


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak masak
1/8 cawan air
Sedikit garam halus
Sedikit gula

Bahan kisar :
1/2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Bahan A :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk jintan kasar
3 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili kisar

Bahan B :
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1 cawan santan
2 sudu besar kerisik
Sedikit asam keping


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan goreng bahan kisar.

2. Masukkan bahan A dan air kacau rata.

3. Masukkan bahan B kacau sebati dan biar kuah sedikit kering. Perasakan garam dan gula.

4. Sedia untuk dihidangkan.




RESEPI KACANG BOTOL UDANG KERING


Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
Sedikit kacang botol
Sedikit garam halus

Bahan kisar :
4 biji cili api merah
2 ulas bawang putih

Bahan A :
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar air


Cara-cara :
1. Bersihkan kacang botol dan potong pendek, ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar .

3. Masukkan bahan A dan kacang botol serta  perasakan garam, kacau rata.

4. Sedia untuk dihidangkan.