Tuesday, November 20, 2012

RESEPI Kari Ikan Kembong

bahan-bahan:
3 ekor ikan kembong
3 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan cili giling
1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sudu besar air asam jawa
3 biji bendi
garam secukup rasa

bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

bahan tumis:
1/2 biji bawang besar (racik halus)
1 ulas bawang putih (racik halus)
1 inci halia (racik halus)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak

cara-cara:

Monday, November 19, 2012

RESEPI Sup Sayur Ayam

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan)
1 biji tomato (belah 4)
1 mangkuk kecil kobis
1 batang lobak merah
1 peket sup bunjut
1/2 sudu kecil rempah sup
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
4 ulas bawang merah (racik halus)
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar minyak masak
4 mangkuk air
garam secukup rasa

bahan hiasan:
1 batang daun bawang dan daun sup (dipotong)
bawang goreng sedikit

cara-cara:
  1. panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih hingga kekuningan dan masukkan bunga lawang,kayu manis,sup bunjut,rempah sup,serbuk lada putih dan kacau rata.
  2. masukkan ayam dan air kacau sebati.
  3. apabila mendidih masukkan lobak,tomato dan kobis.
  4. masukkan bahan hiasan dan hidang bersama nasi serta sambal kicap.

RESEPI Udang Masak Lemak Cili Api

bahan-bahan:
30 ekor udang (bersihkan)
4 batang serai (diketuk)
2 keping asam
3 cawan santan dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa

bahan kisar:
10 biji cili api
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit

cara-cara:
  1. masukkan bahan kisar dan 3 sudu besar santan ke dalam periuk kacau sehingga mendidih.
  2. masukkan udang,santan,serai,asam,garam kacau rata sehingga udang masak kemerahan.
  3. hidang bersama nasi putih.

RESEPI Kuah Kacang Ayam

bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
500gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
4 mangkuk air
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

bahan kisar:
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
6 batang serai

cara-cara:
  1. panaskan minyak tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. masukkan kacang,air dan kacau rata.
  3. apabila mendidih masukkan ayam,air asam jawa dan garam.
  4. hidang bersama nasi impit.

RESEPI Ayam Masak Kicap Kentang

bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil,bersihkan dan goreng separuh masak)
2 biji kentang (potong 4 dan goreng separuh masak)
suun sedikit
3 batang serai (diketuk)
1 mangkuk kicap manis
1/2 mangkuk air
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

cara-cara:
  1. panaskan minyak tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. masukkan serai,serbuk lada putih,kicap,air,air asam jawa dan kacau rata.
  3. apabila mendidih masukkan ayam,kentang dan suun.
  4. hidangkan bersama nasi putih.

RESEPI Serunding Ayam

bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
1 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa

bahan kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

cara-cara:
  1. bersihkan ayam dan masukkan kesemua bahan ke dalam kuali gaul rata.
  2. perlahankan api tutup kuali dan kacau sekali sekala.
  3. kacau sehingga masak dan kering.
  4. hidang bersama nasi impit.

RESEPI Rendang Ayam



bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
4 cawan santan dari 2 biji kelapa
2 peket kerisek
2 helai daun kunyit
garam secukup rasa

bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 inci lengkuas
6 batang serai

cara-cara:
  1. bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan kisar,santan,kerisek gaul rata.
  2. perlahankan api kacau sekali sekala sehingga kuah kering dan masukkan daun kunyit.
  3. angkat dan hidang bersama nasi impit.

Sunday, November 18, 2012

RESEPI Laksa Cili Api



bahan-bahan:
1 paket laksa basah
6 ekor ikan kembong (rebus dan ambil isinya)
3 kuntum bunga kantan
1 mangkuk daun kesom
1 mangkuk air asam jawa
3 mangkuk air rebusan ikan
4 mangkuk air
garam secukup rasa

bahan kisar:
20 biji cili api
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

bahan hiasan:
daun salad
timun
cili potong
telur rebus

cara-cara:
  1. rebus laksa dan toskan.
  2. masukkan isi ikan,bahan kisar,air rebusan ikan dan air ke dalam periuk.
  3. kacau sehingga mendidih dan masukkan air asam jawa,bunga kantan,daun kesom gaul sebati.
  4. hidangkan ke dalam mangkuk bersama bahan hiasan.

RESEPI Rendang Daging

bahan-bahan:
1kg daging (batang pinang)
2 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
2 cawan santan cair
2 peket kecil kerisek
2 helai daun limau purut
garam dan gula(secukup rasa)

bahan kisar:
30 tangkai cili kering
4 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
6 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit
2 inci lengkuas

cara-cara:
  1. masukkan daging, santan cair ke dalam kuali dan rebus sehingga agak lembut.
  2. apabila daging agak lembut masukkan bahan kisar,santan pekat,kerisek dan kacau rata.
  3. perlahankan api kacau sekali sekala sehingga kuah kering.
  4. masukkan daun limau purut dan kacau
  5. angkat dan boleh hidang kan dengan ketupat atau nasi impit.