Wednesday, April 20, 2016

ROTI CANAI SARDIN MINI




ROTI CANAI SARDIN MINI
======================

Bahan-bahan :
~~~~~~~~~
1 tin besar sardin
1 cawan air
Sedikit mentega
Sedikit minyak

Bahan Inti :
~~~~~~~
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 biji cili api merah - dihiris
Sedikit garam halus
1/2 biji limau kasturi - ambil airnya
1 biji telur

Bahan A :
~~~~~~
4 cawan tepung gandum - diayak
Sedikit garam halus
2 sudu besar mentega
1 biji telur


Cara-cara :
~~~~~~~
1. Ambil ikan sahaja dan hancurkan kemudian masukkan bahan Inti gaul rata dan sebati, ketepikan.

2. Satukan bahan A kacau rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit doh kemudian canai nipis dan letakkan inti sardin ditengahnya, lipat kemas.

4. Panaskan kuali non stick dan letakkan sedikit mentega serta sedikit minyak kemudian masakkan roti canai sardin tadi sehingga garing.

5. Sedia untuk dihidangkan.



‪#‎roticanaisardinmini‬

No comments:

Post a Comment