Wednesday, November 25, 2015

RESEPI CHEESE BALL KELEDEK


Bahan-bahan :
2 biji keledek
2 keping cheddar cheese - dipotong kecil
1 biji telur - dipukul
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum


Cara-cara :
1. Kupas kulit keledek bersihkan dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Angkat, toskan airnya kemudian lecek sehingga sekata.

2. Gaulkan dengan bahan A kacau rata.

3. Ambil sedikit adunan kemudian letakkan cheese ditengahnya sebagai inti dan uli bulat kembali.

4. Celupkan ke dalam telur kemudian golekkan ke atas serbuk roti.

5. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga sedikit kekuningan.

6. Angkat dan toskan minyak.

7. Sedia untuk dihidangkan ketika panas bersama sedikit sos serta mayonis.






Tuesday, November 24, 2015

RESEPI CENCARU LEMAK CILI API DAUN CEKUR


Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru
1 sudu besar minyak masak
100 ml air
Sehelai daun cekur - dihiris

Bahan Kisar :
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
10 biji cili api merah

Bahan A :
200 ml santan
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam halus
Sedikit gula pasir


Cara-cara :
1. Bersihkan ikan kemudian potong 2 dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga sedikit garing angkat, ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi kemudian masukkan air.

3. Masukkan bahan A dan ikan goreng tadi biar sehingga mendidih.

4. Tutup api dan taburkan daun cekur. Sedia untuk dihidangkan.





RESEPI KOBIS GORENG TOMATO KUCAI


Bahan-bahan :
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Bahan Hiris :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api merah

Bahan A (dipotong kecil) :
Sedikit kobis
Sedikit daun kucai
1 biji tomato


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan hiris sehingga wangi.

2. Masukkan bahan A kacau rata dan perasakan garam.

3. Sedia untuk dihidangkan.




RESEPI KUIH KERIA


Bahan-bahan :
2 biji keledek ( sederhana besar )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum

Bahan B :
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air


Cara-cara :
1. Bersihkan keledek potong kecil kemudian rebus sehingga lembut.

2. Angkat, toskan airnya dan lecek sehingga sekata.

3. Masukkan Bahan A gaul rata.

4. Ambil sedikit adunan dan uli bulat kemudian lubangkan ditengahnya buat seperti gegelang kecil.

5. Panaskan minyak masak kemudian goreng sehingga sedikit kekuningan. Angkat dan ketepikan.

6. Masak Bahan B sehingga mendidih sedikit kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sebati sehingga gula kering melekat pada kuih.

7. Sedia untuk dihidangkan.



RESEPI KELEDEK GORENG SAMBAL KICAP


Bahan-bahan :
3 biji keledek
Minyak masak secukupnya

Bahan A :
Sedikit tepung beras
Sedikit tepung ranggup
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air


Cara-cara :
1. Kupas kulit keledek, bersihkan dan potong memanjang.

2. Satukan bahan A kacau sebati kemudian masukkan keledek gaul rata.

3. Panaskan minyak masak, goreng keledek sehingga sedikit kekuningan.

4. Angkat toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap.



RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan :
1 sudu besar minyak masak

Bahan Hiris :
3 ulas bawang putih
7 biji cili api merah

Bahan A :
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap masin


Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan goreng bahan hiris sebentar kemudian kisarkan.

2. Gaulkan dengan bahan A sehingga rata.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama keledek goreng.






RESEPI CHEESE BEBOLA KENTANG


Bahan-bahan :
2 biji kentang
2 keping cheddar cheese - dipotong kecil
1 biji telur - dipukul
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan A :
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam halus
1/2 cawan tepung gandum


Cara-cara :
1. Kupas kulit kentang, bersihkan dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Angkat, toskan airnya dan lecek sehingga sekata.

2. Masukkan bahan A gaul rata.

3. Ambil sedikit adunan dan letak cheddar cheese di tengah sebagai inti kemudian uli bulat.

4. Celupkan bebola ke dalam telur kemudian golekkan ke atas serbuk roti.

5. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga sedikit kekuningan.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan ketika panas bersama sedikit sos serta mayonis.