Tuesday, July 12, 2016
RESEPI MEE GORENG MUDAH
RESEPI MEE GORENG MUDAH
=========================
Bahan-bahan :
----------------
1 peket mee - cuci dan tos
Isi ayam - bersihkan dan potong kecil
2 biji telur
Minyak masak
Kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam halus
Bahan Kisar :
---------------
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan Hiasan (potong kecil) :
-----------------------------------
Daun bawang
Daun sup
Cili merah
Limau kasturi
Bawang goreng
Cara-cara :
~~~~~~~~
1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam biar sehingga masak.
3. Masukkan telur kacau rata kemudian masukkan sos tiram.
4. Masukkan mee gaul rata bersama kicap manis gaul lagi sehingga mee agak sedikit gelap dan perasakan garam.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan ketika panas bersama bahan hiasan.
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment