Thursday, May 21, 2015

RESEPI Ayam Masak Kicap Express


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1/2 mangkuk kecil kicap manis
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
5 sudu besar minyak
sedikit air

Bahan kisar :

10 tangkai cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :

1.Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sehingga sedikit garing.
Angkat dan ketepikan.

2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

3.Masukkan air asam jawa, garam, kicap dan air kacau rata.

4.Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sebati.

5.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment