Thursday, May 21, 2015

RESEPI Sosej Cili Api Express



Bahan-bahan :

1 paket sosej-potong kecil dan goreng garing ketepikan
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air asam jawa
sedikit air

Bahan kisar :

10 tangkai cili api
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih


Cara-cara :

1.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.

2.Masukkan sos tiram, garam, air asam jawa kacau rata.

3.Masukkan sosej yang telah di goreng serta sedikit air kaub balik sebati.

4.Angkat dan sedia untuk di hidangkan.







RESEPI Ayam Masak Kicap Express


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1/2 mangkuk kecil kicap manis
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
5 sudu besar minyak
sedikit air

Bahan kisar :

10 tangkai cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara-cara :

1.Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sehingga sedikit garing.
Angkat dan ketepikan.

2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

3.Masukkan air asam jawa, garam, kicap dan air kacau rata.

4.Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sebati.

5.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.





RESEPI Kuey Teow Goreng Express



Bahan-bahan :

1 paket kuey teow
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit air

Bahan kisar :

15 tangkai cili kering
3 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering


Cara-cara :

1.Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tumis hingga wangi.

2.Masukkan isi ayam dan kacau sampai empuk.

3.Masukkan kicap, sos tomato, sos tiram, garam kacau rata dan masukkan telur kacau lagi.

4.Masukkan kuey teow serta sedikit air dan kacau rata sehingga sedikit kering.

5.Angkat dan sedia untuk di hidangkan.


Tuesday, May 5, 2015

Lirik Lagu Pendam -Shahir

Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta