Wednesday, April 15, 2015

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI


Bahan-bahan :

1 mangkuk cili kering - bersihkan dan kisar halus
3 keping isi ikan tenggiri
1 mangkuk air
1/2 mangkuk air asam jawa
1/2 mangkuk daun kesom
2 biji tomato - potong 4
5 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan kisar :

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar belacan


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam periuk masukkan bahan kisar, cili kisar kacau hingga naik bau,

2. Masukkan air, air asam jawa, serbuk kunyit kacau hingga mendidih.

3. Masukkan ikan, garam, gula didihkan hingga ikan sedikit masak.

4. Masukkan tomato, daun kesom kacau didihkan sebentar.

5. Sedia untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment